Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui laman web http://www.permatapintar.edu.my.
Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program selanjutnya.
Dengan itu, ujian ini tidak dijalankan secara bertulis (kertas dan pensil). Selain itu, ujian dalam talian ini dilaksanakan untuk membudayakan ICT dalam kalangan pelajar sekolah.
Kepada ibu bapa yang berminat, boleh mengawasi anak-anak menjawab soalan-soalan tanpa bantuan, kerana jika lulus dan terpilih untuk ujian pada saringan kedua, anak-anak akan menjawab secara individu.
Saringan Peringkat Pertama :
~ Ujian dalam talian UKM1 (sila layari www.permatapintar.edu.my)
~ Mulai 1 Februari2011 - 30 April 2011
~ Terbuka untuk semua murid berusia 8 - 15 tahun
~ Ujian UKM1 ini boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet
Untuk membaca lebih lanjut mengenai Program Permata Pintar, sila layari laman web ini: http://www.permatapintar.edu.my/default.ppmt.aspx
SEMUA MURID BERUMUR 8 - 15 TAHUN BOLEH MENDUDUKI UJIAN INI
No comments:
Post a Comment