Wednesday, March 2, 2011

Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu Ke-9 (Sesi Petang)

Hari: Isnin
Tarikh: 28 Febuari 2011
Masa: 5.30 pm - 6.40 pm
Guru Bertugas:
1. Pn Yani
2. Pn Rashidah
3. Pn Jumilah
4. Pn Fadhilah
5. Pn Visva
6. Pn Hastipa (th)

Laporan/Ulasan:

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Muhd.Zaimi Qusyairi (3 Merbau)

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Visva

4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Aniq Iqbal (3 Seraya.)

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: (Pn Nora)

5.1 Beliau mengingatkan jangan berlari semasa naik dan turun tangga.

5.2. Murid-murid tidak dibenarkan melalui tapak perhimpunan sewaktu balik,mesti melalui koridor

5.3 Jangan berebut-rebut semasa keluar dari pagar sewaktu balik

5.4 Tidak dibenarkan membawa majalah yang bukan ilmiah seperti komik kartun


6. Ucapan Guru Bertugas: (Pn Visva)

6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.

6.2 Beliau memperkenalkan tema bagi minggu ini: Menepati masa.

6.3 Beliau menyarankan 3 perkara:
1. Masa yang berlalu tidak akan kembali
2. Memastikan murid-murid datang tepat kesekolah,aktiviti kokorikulum
3. Memastikan bergerak dengan pantas kebilik-bilik khas atau ketandas.

6.4 kelas tasmik untuk tahun 1,2 dan 3 dan aktiviti kokorikulum dibatalkan kerana PKSR dijalankan pada minggu ini.


7. Ucapan Guru Disiplin: (Pn Yani)

7.1 Murid-murid diingatkan tentang penggunaan pintu pagar A dan B. Pintu pagar A (besar) untuk kegunaan guru-guru dan kakitangan sekolah. Manakala pintu pagar A (kecil) untuk pejalan kaki dan murid-murid yang menunggang basikal. Pintu pagar B untuk murid-murid yang menaiki kenderaan.

7.2 Murid-murid lelaki dinasihatkan memotong rambut yang panjang.mereka diberi masa 1 minggu untuk berbuat demikian

7.3 Murid-murid yang berbasikal mesti memastikan basikal berkunci

7.4 murid-murid tidak digalakkan membeli makanan ringan diluar kawasan sekolah

7.5 murid-murid tidak dibenarkan membawa barang mainan kesekolah

8. Perkataan LAWAD pada hari ini:

1. Bahasa Melayu: Berbisa.
2. Bahasa Inggeris: Sniff.
3. Bahasa Arab: Arj’un.

9. Aktiviti dibawah kurikulum/HEM/koakedemik/kokurikulum

9.1 Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan jawi cantik,nasyid dan busana muslimah sempena sambutan Maulidur Rasul

10. Ucapan Guru Penolong Kanan: (Pn Siti Hanim bt Sungit)

10.1 Beliau menasihati murid-murid agar bersedia dengan pksr yang akan dijalankan

10.2 Ucapan terima kasih kepada ibubapa yang hadir semasa mesyuarat Agung PIBG

10.3 Perhimpunan hari isnin diharap bertambah baik

10.4 Menghayati 6 prinsip ikrar sekolah

10.5 Hasil pemeriksaan,didapati beg sekolah berat.murid-murid diingatkan membawa buku mengikut jadual yang telah ditetapkan

10.6 Murid yang sakit perlu beritahu guru bertugas dan datang kepejabat terlebih dahulu


Disediakan oleh: Puan Fadhilah Binti Talib


No comments:

Post a Comment