... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 7, 2011

LAPORAN MINGGUAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 10

Tarikh : 7 MAC 2011 (Isnin)
Masa : 7.30 – 8.30 pagi

 Guru Bertugas:
  1. Pn. Noor Hanawati Alinda (K)
  2. Pn. Noor Azila bt. Ngah
  3. Pn. Siti Rabiaah
  4. Pn. Kwa Jin Nee
  5. Pn. Zainur Jimah bt. Abdullah
  6. Pn. Nurzainon
  7. En. Nurul Fakhri
  8. En. Zulkefli b. Daud
Laporan/Ulasan :

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
i. Bacaan doa diketuai oleh Adik Amirul Naim
ii. - Ikrar Rukun Negara oleh En. Zulkefli Bin Daud dan Ikrar Murid oleh Pengawas (Sanjay A/L Devadas)

Ucapan dari guru bertugas En. Zulkefli

2. Ucapan Guru Bertugas (En. Zulkefli Bin Daud)
i. Guru bertugas menyampaikan tema pada hari ini yang bertajuk “Tumpuan Ketika Belajar”
- baca bahan yang ingin diajar oleh guru agar murid tahu sedikit sebanyak tentang topik yang ingin dipelajari.
- jangan alihkan pandangan murid ke kiri atau kanan kerana ini akan menganggu tumpuan terhadap pelajaran yang diajar oleh guru.
- pasang telinga supaya pelajaran mudah diingat dan difahami.
-catat setiap fakta penting mengenai topik yang diajar oleh guru. Sekiranya ada masalah bolehlah terus bertanya kepada guru.
- ambil sarapan pagi di rumah atau di kantin supaya perut tidak lapar dan mudah menerima pelajaran.

iii. Aktiviti kokurikulum bermula pada hari Rabu ini jam 2.00-4.00 petang (Unit Beruniform)

3. Laporan guru bertugas minggu ke 9.
i. Murid bising selepas waktu rehat (sewaktu berbaris)
ii. Ketika beratur di tapak perhimpunan, ramai murid tidak bersedia untuk menyanyikan lagu (tidak berdiri tegak dan tidak pandang ke hadapan)
iii. Terdapat murid yang suka menyeret kasut mereka ketika berjalan di dalam kelas dan ianya akan menjadikan kelas menjadi bising.


Taklimat ringkas dari En. Pazli berkaitan Kempen Program Sekolah Selamat 2011

4. Taklimat Kempen Program Sekolah Selamat 2011.

i. Taklimat disampaikan oleh En. Pazli. Kempen ini diadakan untuk memastikan setiap guru dan murid ada cara atau ada masa untuk menyelamatkan diri andai berlaku sebarang kemalangan dan kecemasan seperti kebakaran. Ini berikutan terdapat banyak kes kebakaran di dada-dada akhbar sekitar minggu lepas.
ii. Kempen ini bermula dari 7 Mac hingga 11 Mac 2011.
iii. Sekiranya ada bunyi loceng yang panjang dan luar biasa (latihan kebakaran), murid dikehendaki pergi ke padang dan guru yang berada pada waktu tersebut akan mengiringi murid ke padang. Selepas itu, guru kelas akan mengambil alih mengawal kelas masing-masing.



Ucapan dari Pn. Zaleha

5. Ucapan Guru Disiplin Sekolah (Puan Zaleha)
  1. Pesanan kepada murid yang menaiki basikal ke sekolah, sila letakkan basikal mengikut susunan yang ditetapkan iaitu tidak melebihi barisan berwarna coklat (untuk sesi petang). Susunan basikal juga mestilah jangan terlalu jarang antara satu sama lain. Pastikan basikal juga berkunci.
  2. Kepada murid tahun 4, sewaktu menggunakan tangga sila turun ke bawah dahulu barulah berjalan mengikut laluan yang betul (jangan lalu di hadapan bilik muzik dan pejabat)
  3. Berkaitan dengan pengguanaan pintu pagar, murid yang dihantar oleh ibu bapa samada menaiki motosikal, kereta, menaiki bas dan van mestilah menggunakan pintu pagar B. Bagi murid yang berjalan kaki sila gunakan pintu kecil Pagar A.
  4. Penggunaan pas keluar murid. Masih lagi terdapat murid yang keluar kelas tanpa menggunakan pas dan sekiranya tiada pas murid tidak dibenarkan keluar. Kepada semua guru, sila ambil nama murid yang keluar tanpa menggunakan pas dan nama guru yang mengajar pada waktu tersebut.


Ucapan Guru Besar
6. Ucapan Tuan Guru Besar (Encik Sukimin bin Juki)
  1. Minggu ini pelancaran Kempen Program Sekolah Selamat sambil mengingatkan keselamatan bukan hanya berkaitan kebakaran tetapi melibatkan pelbagai aspek yang lain.
  2. Tema minggu ini adalah berkaitan dengan Tumpuan ketika belajar. Jika dikaitkan kedua-duanya, persekitaran sekolah yang selamat boleh membantu mengurangkan gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan tumpuan guru untuk mengajar dan murid untuk belajar.
  3. Untuk mencapai matlamat pembelajaran, memberi tumpuan amat penting.  Tumpuan dalam kelas dikatakan memberikan lebih kurang 50% sumbangan pencapaian markah seseorang pelajar.  Gaya pembelajaran seseorang tidak semestinya sama dengan rakan yang lain. Ada segelintir kecil murid yang dengan hanya mendengar sudah mampu  memperoleh apa yang diajar oleh gurunya.  Namun kebanyakan daripada kita perlu membuat catatan.  Ini boleh diibaratkan seperti span dan daun keladi.  Murid yang hanya mendengar sudah memapu menyerap apa yang disampaiakn oleh guru boleh diibaratkan sebagai span.  Sementara kebanyakan daripada kita adalah ibarat daun keladi yang memerlukan satu usaha lain untuk mengekalkan maklumat tersebut iaitu dengan menyalin nota.
  4. Hampir semua yang diperkatakan oleh guru terutamanya guru displin adalah berkaitan dengan keselamatan.  Peraturan ibubapa menurunkan anak-anak di tempat yang betul, larangan berlari di di dataran perhimpunan, larangan bermain di longkang, mendapatkan kebenaran guru sebelum keluar ke tandas dsb. adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan di sekolah.
  5. Kebersihan dan kesihatan juga merupakan aspek keselamatan yang penting dalam usaha untuk mewujudkan suasana sekolah yang kondusif.
  6. Sekiranya murid telahpun sakit dari rumah, adalah dinasihatkan agar tidak hadir ke sekolah.  Ini akan dapat mengelakkan daripada boleh berlakunya jangkitan kepada murid-murid lain di samping ia boleh mengelakkan daripada guru bertugas terjejas tumpuannya bertugas di sekolah sekiranya dia diperlukan menghantar murid sakit tersebut pulang ke rumah.
  7. Untuk meningkatkan kecekapan guru dan staf sekolah dalam menghadapi situasi keselamatan, seramai 31 orang telah menghadiri kursus CPR pada Sabtu lepas.  Ucapan terima kasih kepada Dr. Nor Hafiza bt Md. Yunus dari Hospital Besar Klang kerana telah menaja kursus tersebut.
  8. Harapan semua murid dapat panduan tentang aspek keselamatan. Semoga menjadi rakyat ynag berguna kepada diri, keluarga, komuniti setempat, masyarakat dan negara. Dengan lafaz bismillah... merasmikan Kempen Program Sekolah Selamat 2011.
Disediakan oleh:
Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib

No comments:

Post a Comment