Monday, March 28, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE-12)

Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu Ke-12 (Sesi Pagi)
Hari: Isnin
Tarikh: 28 Mac 2011
Masa: 7.30 – 8.20 pagi

Guru Bertugas:
1. En. Mahadir bin Midun (K)
2. Pn. Juli binti Mahbah
3. Pn. Rosmawati binti Desa
4. Pn. Norhafiza binti Ismail
5. Pn. Linda binti Adam
6. Pn. Norinna binti Mohamed
7. Pn. Astina binti Mahad Noor

Laporan/Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Mohd Hafez bin Riduan.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Juli binti Mahbah.
4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Sanjay Devdas.
5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh En. Musrizuan.
5.1 Adab makan di kantin-Terdapat
murid-murid yang makan dengan berdiri di gelanggang badminton. Sisa makanan bertaburan di atas meja selepas makan. Murid-murid dinasihatkan supaya duduk apabila makan dan sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah.

5.2 Murid perempuan memanjat dahan pokok di luar sekolah sementara menunggu van/bas sekolah. Amat berharap perkara ini tidak diulangi lagi kerana tidak sepatutnya berlaku adegan sedemikian.

5.3 Kedatangan murid-murid amat memuaskan.

6. Ucapan Guru Bertugas: (Pn. Juli binti Mahbah )

6.1 Tema ‘Sayangi Harta Benda Sekolah.

6.2 Guru menyatakan usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama diantara guru, pelajar dan pekerja. Semua pihak hendaklah menggunakan dan menjaga setiap kemudahan yang disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya, disamping bekerjasam membanteras perbuatan memusnahkan harta sekolah. Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan ialah:

a. Menggunakan peralatan yang disediakan dengan cermat.

b. Melaporkan kerosakan kepada guru yang berkenaan.

c. Setelah menggunakan sesuatu peralatan, hendaklah diletakkan ketempat asalnya dengan baik.

d. Menjaganya seperti harta sendiri.

e. Bergotong-royong membaik pulih peralatan yang rosak.

6.3 Peraturan Penggunaan Harta Benda Sekolah:
a.
Harta benda sekolah wajib dijaga dengan baik dan cermat.
b.
Sesiapa yang merosakkan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan.
c.
Harta benda sekolah yang dipinjam mesti dipulangkan dalam keadaan baik.
d.
Harta benda sekolah yang rosak atau hilang mesti diganti.

6.4 Akibat Jika Merosakkan Harta Benda Sekolah:
a. Murid akan ditegur oleh guru.
b. Pembaziran akan berlaku.

c. Akan menyusahkan orang lain.

d. Dikenakan tindakan disiplin.

6.5 Kebaikan Menjaga Harta Benda Sekolah

a. Dapat digunakan dengan sebaik mungkin

b. Suasana didalam kelas menjadi selesa dan ceria.

c. Mendapat pujian dan penghargaan.

6.6 Adab Menjaga Kebersihan Sekolah :

a. Mematuhi peraturan sekolah.

b. Menggunakan tong sampah yang disediakan.

c. Menggunakan tandas dengan betul.

d. Menjalankan tugasan yang ditetapkan.

7. Perkataan LAWAD pada hari ini:
7.1 Bahasa Melayu: Kota (maksud: tempat pertahanan yang dilingkungi tembok batu, benteng)
7.2 Bahasa Inggeris: Paint (maksud: mengecat)
7.3 Bahasa Arab: Al-azharu (maksud: bunga-bunga)

8. Penyampaian sijil kebersihan
8.1 Tahun 4: Kelicap
8.2 Tahun 5 : Xenix
8.3 Tahun 6 : Carnation

9. Ucapan Tuan Guru Besar (En. Sukimin bin Juki)

9.1 Ucapan alu-aluan.

9.2 Menyatakan peranan pihak sekolah ialah membimbing dan mendidik murid-murid supayaboleh berdikari apabila dewasa kelak. Berdikari bermaksud berdiri di atas kaki sendiri. Olehitu, apabila kita semakin dewasa, kita tidak lagi memerlukan guru, ibu bapa untuk memberi tunjuk ajar yang mana betul dan tidak betul.

9.3 Peranan guru di sekolah ialah membimbing murid-murid dalam pelbagai bidang termasuk etika diri,disiplin diri dan tingkahlaku yang baik dengan mematuhi hukum-hakam agama, undang-undang negara dan peraturan-peraturan negara, masyarakat dan sekolah.

9.4 Pembinaan nilai-nilai positif

9.4.1 Contoh paling mudah ialah makan dengan tertib, baca doa.

9.4.2 Perlu menyokong ‘EARTH HOUR’ (Hari Selamatkan Bumi) pada hari Sabtu, 26 Mac 2011 dengan menutup lampu dari jam 8.30 hingga 9.30 malam dengan tujuan menjimatkan elektrik. Sejarahnya bermula di Australia.

9.5 Sukan

9.5.1 Memaklumkan bahawa terdapat 5 buah rumah sukan pada tahun ini berbanding pada tahun lepas, 2010 iaitu 6 buah rumah sukan kerana bilangan murid semakin berkurangan.

9.5.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua murid-murid dan guru-guru kerana telah memeriahkan aktiviti merentas desa pada hari Sabtu,26 Mac 2011. Berikut mata yang dikumpul oleh setiap rumah sukan :

a. Rumah Biru – 156 mata

b. Rumah Jingga – 174 mata

c. Rumah Hijau – 182 mata

d. Rumah Kuning – 204 mata

e. Rumah Merah – 183 mata

9.5.3 Memaklumkan T-shirt sempena hari sukan akan dikeluarkan.

9.5.4 Mengharapkan agar murid-murid dapat memberi sumbangan kepada perkara yang berfaedah demi menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “1 Murid 1 Sukan”

9.6 Penutup-Guru-guru sentiasa mendidik murid-murid supaya boleh berdikari dan menjadi insan yang berguna untuk diri, keluarga dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment