... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 13, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI (13 FEBRUARI 2012)





Hari : ISNIN
Tarikh : 13 Februari 2012
Masa : 7.30 – 8.00 pagi


Guru Bertugas :
Encik Zaidi bin Mahmat (K)

Encik Mahadir bin Midun

Puan Rosmawati bt Desa

Puan Siti Rabiaah bt Mohammad

Puan Rubiaton bt Ibrahim

Puan Nurliza bt Abdul Rahman

Puan Astina bt Mahad Nor

Puan Azwani bt Noordin@Mohd Noordin (cuti bersalin)



Laporan/Ulasan :

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Bacaan doa diketuai oleh Adik Muhd Kamal Aizam (6 Xenix)

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Ikrar Rukun Negara oleh Encik Mahadhir Midun dan,

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas iaitu Adik Atiqah An-Nur.



2. Ucapan wakil Guru Bertugas minggu lepas (Encik Ahmad Musrizuan bin Ahmad)

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Melaporkan kejadian murid lelaki memasukkan terompah ke dalam tandas. Beliau mengingatkan murid-murid agar tidak melakukan lagi perkara tersebut.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Meminta murid-murid menjaga keselamatan diri sendiri semasa melintas jalan raya. Pandang kiri dan kanan sebelum melintas jalan, dan sebaik-baiknya ajaklah ayah atau ibu untuk melintas bersama-sama.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Memaklumkan kepada murid yang menaiki basikal ke sekolah agar tidak berlumba-lumba dalam kawasan sekolah. Basikal itu perlu dituntun ke tempat letak basikal.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Melaporkan bahawa masih ramai murid yang tidak makan di kantin. Malah ada murid yang makan di tepi longkang dan membuang pinggan mangkuk ke dalam longkang. Perkara ini amat menyedihkan kerana murid tidak mematuhi peraturan sekolah agar makan di kantin. Apatah lagi pinggan itu akan digunakan kembali oleh murid-murid lain.



3. Ucapan wakil Guru Bertugas (Encik Mahadir bin Midun)

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini (seperti nama guru bertugas di atas)

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Menyampaikan pesanan mengenai budaya mengucapkan terima kasih. Murid perlu sentiasa mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru, kawan-kawan dan juga Tuhan yang Esa. Sikap bersyukur kepada Allah akan mengelakkan diri dari membuat perkara-perkara negatif seperti membazir masa, makanan dan sebagainya. Apatah lagi amalan berterima kasih ini amat disukai Baginda sendiri, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.



4. Perkataan LAWAD:

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Bahasa Malaysia : calit bermaksud sapu atau palit

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Bahasa Inggeris : moral value bermaksud nilai-nilai murni

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Bahasa Arab : Qamasun yang bermaksud kain



5. Pengumuman dan Makluman:

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Kontinjen Unit Beruniform sekolah telah menyertai program sambutan Maulidur Rasul peringkat Taman Putera Perdana pada 12 Februari 2012 di Sekolah Rendah Agama Taman Putra Perdana. Kontinjen sekolah telah memenangi anugerah Kontinjen Teramai dalam sambutan tersebut. Tahniah kepada semua.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Perjumpaan pengawas Pusat Sumber akan dijalankan pada pukul 9.40 bagi murid tahun 4 dan 5, manakala pukul 10.50 untuk murid tahun 6 di Dewan Perdana.



6. Ucapan Guru Disiplin Sekolah (Puan Zaleha bt Ramdan Mohamed)

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Mengingatkan murid-murid supaya memasukkan pinggan ke dalam besen yang disediakan.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Menegaskan mengenai peraturan tidak masuk ke bilik guru, kecuali dengan kebenaran dan mempunyai pas guru yang memberi kebenaran. Ini adalah untuk mengelakkan kes-kes kecurian yang sering berlaku di dalam bilik guru.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Murid diingatkan agar datang awal ke sekolah. Jika ada yang datang lambat, perlu segera ke tapak perhimpunan dan berdiri di barisan tepi kelas pra sekolah. Beliau menasihatkan murid-murid agar tidur awal supaya dapat bangun awal ke sekolah.



5. Ucapan Tuan Guru Besar (Encik Sukimin bin Juki)

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Tuan Guru Besar menegaskan bahawa, untuk membentuk bangsa yang maju, setiap orang murid perlulah seimbang dari pelbagai aspek yang berikut :



<!--[if !supportLists]-->ü <!--[endif]-->Jasmani – murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan, kerana badan yang cergas akan membentuk minda yang cerdas.

<!--[if !supportLists]-->ü <!--[endif]-->Emosi – perlu bijak menangani emosi dengan sentiasa mengawal diri dengan bersabar dan tidak cepat bertindak negatif apabila diusik atau dipukul kawan. Ini dapat mengelakkan kes-kes pergaduhan dan caci-mencaci.

<!--[if !supportLists]-->ü <!--[endif]-->Rohani – amalan nilai-nilai murni seperti baik, taat dan memberi bakti kepada sekolah adalah merupakan pengisian rohani yang terbaik.

<!--[if !supportLists]-->ü <!--[endif]-->Intelek – perlu dititik beratkan kewarasan intelek agar dapat menilai perkara yang baik atau buruk. Elakkan melakukan tindakan-tindakan yang boleh merosakkan diri sendiri seperti mencaci, mencarut atau menghina rakan-rakan.

<!--[if !supportLists]-->ü <!--[endif]-->Sosial – Interaksi dengan kawan-kawan dan guru-guru perlu lebih baik, elakkan sentimen menghina atau menggunakan bahasa-bahasa kasar dalam pergaulan seharian.



<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Tuan Guru Besar meminta murid-murid menjaga diri sendiri sebelum menjaga individu lain. Terutamanya pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber dan ketua-ketua kelas. Jika diri sendiri masih melakukan kesalahan, bagaimana mahu menegur kesalahan rakan-rakan yang lain. Oleh itu, setiap pengawas sekolah perlu membaiki tahap disiplin sendiri, kerana jawatan itu boleh ditarik balik sekiranya mereka tidak mampu mengawal diri drpd melanggar disiplin sekolah.



<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Tuan Guru Besar juga mengingatkan murid-murid agar tidak membuang sampah keluar daripada kenderaan seperti bas atau kereta. Sikap sebegini menunjukkan peribadi seseorang yang tidak mementingkan kebersihan fizikal dan mental. Seharusnya semua murid perlu menitikberatkan kebersihan diri dan persekitaran agar kehidupan menjadi lebih selesa.

No comments:

Post a Comment