Tuesday, February 28, 2012

PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH MINGGU KE-9 SESI PETANG

Hari: Isnin

Tarikh: 27 Februari 2012

Masa: 6.10- 6.40 petang


Guru Bertugas:

Pn Fadhillah bt Talib

Pn Rozana bt Aziz

En Hafiz b Md Nor

Pn Yani bt Mohd Sharif

Pn Salmi bt Amir

Pn Normaziah bt Abd Malek

Pn Nazahiyah bt Ab Rahman

Laporan/ Ulasan:

  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn Noranismawati).

Bacaan doa oleh adik Fathul Akbar.

Ikrar rukunegara oleh Pn Nazahiyah

Ikrar Murid oleh adik Husna

2. Ucapan Wakil Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn Siti Maziah)

  1. Mengingatkan murid yang sakit supaya tidak perlu hadir ke sekolah dan perlu berehat di rumah.
  2. Meminta murid memastikan kipas dimatikan sebelum meninggal kelas pada waktu rehat atau ke bilik-bilik khas.
  3. Meminta murid tidak bermain hujan.

3. Ucapan Wakil Guru Bertugas

  1. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini ( seperti nama guru bertugas di atas).
  2. Mengumumkan pemenang Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Tahun Satu : 1 Musytari ( Cik Noor Azlinda)

Tahun Dua: 2 Alfa ( Pn Zabedah)

Tahun Tiga : 3 Waja ( Pn Suriyana)

  1. Perkataan LAWAD

Bahasa Malaysia: Berlalak – jegil, beliak

Bahasa Inggeris: Today –hari ini

Bahasa Arab : Madrasati- sekolah saya

  1. Tema minggu ini: Kesihatan Mental dan Fizikal

Murid perlu sentiasa berfikiran positif, rajin belajar dan mematuhi peraturan sekolah. Kebersihan diri dan penampilan juga harus dijaga.

4. Pengumuman

  1. Kelas Tasmek : Tahun 1 dan 2 ( Selasa 12.50-1.20 petang) & Tahun 3 ( Khamis 6.10-6.40 petang) ditangguhkan pada minggu ini kerana minggu peperiksaan.
  2. Kegiatan Kokurikulum Tahun Tiga ( hari Rabu) ditangguhkan pada minggu ini kerana minggu peperiksaan.
  3. Sekolah ganti ( Sabtu 3 Februari 2012) mengikut jadual hari Jumaat (11.50 pagi-3.50 petang).

5. Ucapan Penolong Kanan Petang SKTPP ( En Rosdin b Ibrahim)

Mengulas tema minggu ini, Kebersihan Mental dan Fizikal. Akal yang dikurniakan harus digunakan untuk membezakan perkara yang betul dan salah. Akal fikiran harus digunakan untuk melakukan perkara yang baik dan jangan membuat perkara yang orang tidak suka.

6. Bersurai

No comments:

Post a Comment