Monday, February 20, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-8 (20 FEBRUARI 2012)

Hari : ISNIN
Tarikh : 20 Februari 2012
Masa : 7.30 – 8.15 pagi

Guru Bertugas :
Encik Ismarizal Ismail(K)
Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor
Encik Nurul Fakhri bin Ali
Puan Visva Vilasini
Puan Roseniza bt Setapa
Puan Noor Hanawati Alinda
Puan Kwa Jin Nee

Laporan/Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (Pasukan menaikkan bendera dilatih oleh Pn Linda bt Adam
•Bacaan doa diketuai oleh Adik Muhd Kamal Aizam (6 Xenix)
•Ikrar Rukun Negara oleh Pn Roseniza bt Setapa dan,
•Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas iaitu Adik Atiqah An-Nur.

2. Ucapan wakil Guru Bertugas minggu lepas (Pn Nurliza Ab Rahman)
•Melaporkan berkenaan disiplin murid-murid.
-Semasa perhimpunan pagi (Isnin-Jumaat).
Murid hendaklah mengikuti arahan dan berada di dalam barisan masing-masing semasa program DEAR dijalankan. Beliau menasihatkan agar murid tidak berkeliaran di kawasan sekolah.

-Semasa waktu rehat
Apabila loceng rehat berbunyi menandakan tamat waktu rehat, masih lagi ada murid-murid yang makan dan berbual-bual di kantin tanpa menghiraukan loceng yang berbunyi.

-Selepas balik sekolah
Semua ketua kelas dan penolong hendaklah memastikan suiz lampu dan kipas ditutup sebelum keluar kelas.

-Semasa ke bilik-bilik khas dan ke padang
Murid berlari semasa hendak ke bilik-bilik khas dan ke padang. Murid-murid dinasihatkan supaya beratur dan berjalan dalam barisan untuk ke bilik khas dan padang. Ketua kelas dan penolong hendaklah memastikan murid beratur terlebih dahulu.

•Mengumumkan keputusan keceriaan dan kebersihan kelas:
Tahun 6 – 6 Xenix
Tahun 5 – 5 Kelicap
Tahun 4 – 4 Jati

3. Ucapan wakil Guru Bertugas (Pn Roseniza bt Setapa)
•Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini (seperti nama guru bertugas di atas)
•Tema pada hari ini ialah: Menjaga Keselamatan Diri
•Ketika berbasikal
Beliau menasihatkan semua murid yang berbasikal hendaklah mempunyai lampu dan brek pada basikal masing-masing bagi menjaga keselamatan.

•Semasa menggunakan tangga
Murid hendaklah sentiasa berhati-hati dan dilarang berlari semasa menggunakan tangga kerana boleh mendatangkan bahaya dan boleh mengakibatkan kecederaan.

•Semasa berada di dalam kelas
Beliau juga menasihatkan murid-murid supaya tidak membuat bising semasa berada di dalam kelas bagi mengelakan pergaduhan sesama sendiri.

•Patuhi peraturan yang ditetapkan
Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti ketika berada di Bilik Kemahiran Hidup dan Makmal Sains.

•Kesimpulannya, murid-murid hendaklah menjaga keselamatan diri walaupun dimana berada.

4. Perkataan LAWAD:
•Bahasa Malaysia : Berbaur bermaksud beraduk, bercampur
•Bahasa Inggeris : cooking bermaksud memasak
•Bahasa Arab : Kurrasatun yang bermaksud buku latihan

5. Penyampaian Sijil dan Pingat bagi Kejohanan Boling Tenpin MSSD 2012 (En Saifullah)
Tarikh : 15 Februari 2012
Hari : Rabu
Tempat : Ampang Super Bowl,Metro Point,Kajang

keputusan Kejohanan :
Lelaki Bawah 12
Naib Johan : Muhd Faiz Najmi B.Mohd zamzam (6 Solaris)

Berkumpulan Lelaki Bawah 12
Johan: 1) Mohd Solihin Al Attas (4 Merbau)
2) Amirul Hafiz (6 Palm)
3) Mohd Hariz Haikal (6 Solaris)

Berkumpulan perempuan Bawah 12
Tempat Keempat

PPKI
Lelaki Bawah 12 Tahun
Johan : Mohd Azhar B. suhaimi
Naib Johan : Abdul hadi B. Mohd Asri
Tempat ke-3 : Muhd Akid Qiwamuddin

Perempuan Bawah 12 Tahun
Johan : Nur'Ain Bte Azmi

6. Kejohanan Tennis MSSD-Sepang (En Jamillullail)

Naib Johan Individu : Ilham Fahim
Individu Perseorangan Lelaki : Iman Firas Zul Azmi
Bergu : Akif Danial

7. Pengumuman dan Makluman:
•Murid yang menggunakan kerusi plastik pada hari Sabtu lepas diminta mengambil kerusi di dewan.
•Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), sila berjumpa dengan Cikgu Juli di Bilik Kaunseling.
•Guru Bahasa Melayu sila dapatkan buku PKJR.
•Ketua Kelas sila tunggu di tapak perhimpunan selepas perhimpunan tamat.
•Kokurikulum pada minggu ini : Unit Beruniform

8. Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Pn Jamilah Arifin)
•Beliau membuat ulasan berkaitan disiplin murid yang telah disampaikan oleh Pn Nurliza. Murid perlu menerima arahan dan mematuhinya.
•Murid-murid yang menggunakan tangga USM sewaktu balik dinasihatkan supaya jalan mengikut blok B dan terus ikut blok A supaya tidak mengganggu murid tahap 1.
•Beliau juga menegaskan semasa kokurikulum pada hari Rabu ,jam 2.00-4.00 ptg, murid tidak perlu balik ke rumah selepas waktu persekolahan tamat pada jam 1.20 petang kerana boleh menyebabkan murid datang lewat dan tidak tahu di mana persatuan atau kelab berkumpul. Hal ini juga dapat memberi kemudahan kepada murid dan kehadiran murid dalam kokurikulum amat menggalakkan dengan jumlah murid yang ramai.

No comments:

Post a Comment