... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, February 11, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

TARIKH
Sabtu – 11 Februari 2012

MASA
8.00 pagi – 12.00 tengah hari

TEMPAT
Dataran Perdana, Tapak Perhimpunan dan sekitar kawasan sekolah

PELAKSANA
Panitia Pendidikan Agama Islam 2012 dengan kerjasama semua guru SKTPP

SASARAN
Semua guru dan murid beragama Islam dari pra sekolah, tahun 1 hingga tahun 6.

OBJEKTIF
1.      Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasullullah .
2.      Melahirkan kesedaran kepada murid-murid mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam.
3.      Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan memelihara akhlak dan tingkah laku sebagai seorang Muslim.
4.      Mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam
5.      Merapatkan silaturrahim antara guru dan murid-murid dalam memartabatkan Pendidikan Islam.

RINGKASAN PROGRAM

        Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah adalah salah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Sambutan ini dijalankan seawal 8.00 pagi dengan perarakan mengelilingi kawasan sekitar sekolah.  Murid tahun 4, 5 dan 6 berarak sambil membawa sepanduk kelas masing-masing.  Guru-guru juga turut sama berselawat dan berarak.


         Sambutan diteruskan dengan acara melukis poster bagi tahap 2, dan mewarna bagi murid tahap 1.  Selain itu, dijalankan juga ceramah Maulidur Rasul.  Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Ghazali bin Md Nor dari MSQ Power Training.  Murid tahap 2 dan guru-guru dapat menghayati perjuangan Baginda Rasullulah serta menanam semangat cintakan Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan ibu  bapa.


           Acara penutup dilakukan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan melukis poster dan membuat sepanduk kelas.  Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Jamilah bt Arifin.

GAMBAR-GAMBAR SAMBUTAN:

 semua murid dan guru berhimpun sebelum program bermula

aktiviti melukis sepanduk perarakan

murid dan guru bersedia utk perarakan mengelilingi sekolah


Sesi ceramah yang bertemakan cintakan Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan ibu bapa, yang menyentuh perasaan murid-murid & guru-guru

Persembahan nasyid yang dipimpin oleh Pn Astina Mahad Nor

Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan melukis poster oleh Pn Jamilah Arifin selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

VEDIO GAMBAR SEMASA SAMBUTAN:




Dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri setiap individu ianya perlu bermula dari semenjak kecil lagi. Usaha murni ini cuba dijalankan dan disemai oleh pihak panitia Pendidikan Islam SKTPP secara khususnya dan semua warga sekolah secara amnya dengan menganjurkan program seumpama ini apabila tiba perayaan dalam bulan Islam. 

untuk lebih paparan gambar, klik di sini.

No comments:

Post a Comment