... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 13, 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT TAMAN PUTRA PERDANA

TARIKH

Ahad – 12 Februari 2012

MASA

7.30 pagi – 12.00 tengah hari

TEMPAT

Sekolah Rendah Agama Taman Putra Perdana,Bandar Bukit Puchong

PELAKSANA

Persatuan Penduduk Taman Putra Perdana

SASARAN

Semua penduduk Taman Putra Perdana sama ada kanak-kanak dan dewasa.

OBJEKTIF

1. Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasullullah .

2. Melahirkan kesedaran kepada masyarakat mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam.

3. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara akhlak dan tingkah laku sebagai seorang Muslim.

4. Mewujudkan semangat kerjasama dan tolong menolong di antara masyarakat.

5. Merapatkan silaturrahim antara golongan muda dan golongan dewasa dalam memartabatkan kemurnian Islam.

RINGKASAN PROGRAM

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Taman Putra Perdana adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Putra Perdana. Pihak yang berkenaan telah menjemput warga sekolah untuk menyertai majlis perarakan tersebut. Sambutan ini dijalankan seawal 8.00 pagi dengan perarakan mengelilingi kawasan sekitar Taman Putra Perdana yang bermula dari Sekolah Rendah Agama Taman Putra Perdana. Murid tahun 4,5 dan 6 seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada pasukan pengakap,puteri tunas,puteri Islam dan PBSM beserta 13 orang guru pengiring telah berarak sambilberselawat dan membawa sepanduk .

Acara diteruskan dengan ceramah,persembahan dari murid sekolah agama dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi beberapa pertandingan . SK Taman Putra Perdana telah memenangi tempat pertama dalam kategori penyertaan yang teramai.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Shaharudin bin Ajam.

Pasukan beruniform sekolah yang mengambil bahagian dalam perarakan
Guru-guru yang turut sama berarak
Persiapan sebelum berarak
Berarak sambil berselawat

No comments:

Post a Comment