... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 27, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-9 (27 FEBRUARI 2012)

Hari : Isnin
Tarikh : 27 Februari 2012
Masa : 7.30 - 8.00 pg

Guru Bertugas:
En. Zulkefli B. Daud
Pn. Noor Azila Bt. Ngah
Pn. Nor Azura Bt. Mohd Asir
Pn. Norhana Bt. Nordin
Pn. Norhafiza Bt. Ismail
Pn. Norasmawati Bt. Omar
Pn. Siti Mahfudzah Bt Abdullah


Laporan/Ulasan:

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn Astina)
Bacaan doa oleh adik Mohd Kamal Aizam Bin Kamarulzaman
Ikrar Rukunegara oleh Pn Noor Azila Bt Ngah
Ikrar Murid oleh adik Atiqah An Nur Bt Zainudin


2. Ucapan Wakil Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn. Roseniza Bt Setapa)


  1. Melaporkan ramai murid mengalami masalah kesihatan seperti demam dan muntah. Seterusnya mengingatkan murid supaya menjaga kesihatan diri dan elakkan daripada makan makanan yang tercemar.

  2. Meminta murid membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dan tidak membiarkan kawasan sekitar sekolah dipenuhi dengan sampah.

  3. Pengumuman Kebersihan dan Kecerian Kelas:


  • Tahun 4: 4 Meranti

  • Tahun 5: 5 Kelicap

  • Tahun 6: 6 Xenix

3. Ucapan Wakil Guru Bertugas (Pn. Noor Azila Bt Ngah)



  1. Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini (seperti nama guru bertugas di atas).

  2. Menyampaikan pesanan mengenai Nilai murni dan beradab serta hormat-menghormati.

  3. Seterusnya menekanklan nilai kebersihan mental, menjaga kebersihan pakaian dan juga menjaga kebersihan kelas masing-masing.

4. Perkataan LAWAD:
1. Bahasa Malaysia : Berlalak bermaksud beliak, jegil
2. Bahasa Inggeris : Wearing bermaksud sedang memakai
3. Bahasa Arab : Khofzu al-a'la bermaksud lompat tinggi


5. Ucapan Tuan Guru Besar SKTPP (En Sukimin Bin Juki)



  1. Murid – murid diingatkan supaya menjadi seorang yang berdisiplin dan berdiri tegak ketika membaca ikrar Rukun negara dan ikrar murid.

  2. Menjaga kebersihan fizikal dan mental masing-masing. Mendefinisikan fizikal sebagai sesuatu yang boleh dilihat manakala mental ialah sesuatu yang ada di dalam kotak pemikiran masing-masing.

  3. Kebersihan mental ditekankan dengan memberi contoh-contoh seperti tekun mendengar apa yang diperkatakan guru, fikiran tidak melayang-layang/ponteng dari segi pemikran dan mempunyai kebolehan mengawal diri sendiri.

  4. Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup. Antara ciri-cirinya ialah mempunyai disiplin diri yang tinggi dan memastikan diri berada dalam keadaan yang bersih sepanjang masa serta melaksanakan tanggungjawab ke atas diri sendiri.

6. Pengumuman


Program Pep Talk bersama Guru Besar SKTPP akan dijalankan di Dewan Perdana. Murid terlibat ialah tahun 6 Palm dan 6 Solaris.


7. Bersurai

No comments:

Post a Comment