Friday, March 23, 2012

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSS SELANGOR 2012

Kejohanan Boling Tenpin MSS Selangor 2012 telah berlangsung dari 19 hingga 22 Mac 2012, bertempat di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid di mana En. Saifullah bin Mat Saupi telah dilantik sebagai pengurus pasukan bawah 12 tahun manakala wakil dari SKTPP iaitu Muhammad Faiz Najmi bin Mohd. Zamzam (6 Solaris) telah terpilih mewakili daerah Sepang bersama 3 orang lagi murid ke kejohanan tersebut.
Sebanyak 3 acara telah dipertandingkan iaitu acara individu, bergu dan berkumpulan yang dijalankan dalam 4 games. Berikut adalah keputusan bagi acara-acara yang beliau sertai:
1. Individu = 556 mata
2. Bergu = 508 mata
3. Berkumpulan = 568 mata
Keseluruhan (all events) = 1632 mata
Kedudukan tempat ke-15 dari 48 orang pemain.
Sekalung tahniah diucapkan ke atas Muhammad Faiz Najmi di atas kejayaan beliau walaupun tidak berjaya ke acara masters (6 terbaik) tetapi telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri. Harapan agar beliau akan terus berjaya dalam sukan ini. Semoga ada lagi barisan pelapis yang akan mengikut jejak langkah beliau di masa hadapan. Majulah sukan untuk SKTPP.

No comments:

Post a Comment