TARIKH : Jumaat – 2 Mac 2012
MASA : 7.30 pagi – 11.50 pagi
TEMPAT : Dewan SMK Putra Perdana
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama semua guru Tahun 6
LATAR BELAKANG :
Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran dari pelbagai sudut. Program ini juga bagi membuka minda dan membina kesedaran murid tentang pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab dan sayang kepada ibu bapa, sekolah, masyarakat dan negara untuk mencapai kecemerlangan bersama.
OBJEKTIF PROGRAM :
Objektif program adalah seperti berikut:
• Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
• Sentiasa berfikiran positif di dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi peperiksaan.
• Dapat merancang masa depan dengan baik supaya tidak terperangkap dengan fenomena belajar pada saat-saat akhir
SASARAN PROGRAM :
Daripada jumlah calon UPSR yang sebenar seramai 277 orang hanya 247 orang calon sahaja yang telah menghadiri program ini.
ATUR CARA PROGRAM :
7.30am – 8.00 am : Pendaftaran murid
8.00am – 9.30am : Slot Motivasi 1
(Pengurusan Diri Pelajar Cemerlang)
9.30 am – 10.00am : Rehat
10.00 am - 11.50 am : Motivasi 2 ( Pengurusan Masa yang Bijak)
11.50 am : Bersurai
RINGKASAN PROGRAM :
Program bermula pada pukul 8.15 pagi kerana ketiadaan bekalan elektrik di dewan. Namun begitu, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan bantuan GPK Kokurikulum dan guru SMK Putra Perdana. Seramai 247 orang murid tahun 6 yang hadir untuk menjayakan program ini. Program dimulakan dengan ceramah oleh Hj Mohd Haswandi b Hj Ahmad untuk slot pertama dan slot kedua pula lebih kepada aktiviti perkembangan minda dalam menguruskan masa
Program motivasi ini telah ditamatkan pada pukul 11.50 pagi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang menjayakan program ini. Turut hadir dalam program ini ialah NYDP PIBG, Encik Rushdan bin Mohamed.
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM :
nurid-murid gembira...diharapkan mereka dapat menguruskan masa dengan baik selepas ini..
ReplyDeleteinsyaallah kak.....berkat kesabaran guru-guru menemankan mereka di SMKPP
ReplyDelete