Monday, March 26, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 12 (SESI PAGI)

Hari : Isnin
Tarikh : 25 Mac - 31 Mac 2012
Masa : 7.30 - 8.15 pagi
Guru Bertugas :

1. En Norizmi Zainal Abidin
2. En Tarmiji Sabali
3. Pn Linda Adam
4. Pn Rosmaria Idris
5. Pn Maimnah Yob
6. Pn Zailezah sardi
7. Pn Norzainon
8. Pn Jamilah Mohd Yusof

Laporan/ Ulasan guru bertugas (Pn Noriza)

1. Murid tidak peka dengan sampah yang berada di atas meja dan bawah kerusi.
2. Beratur dengan tertib dan pastikan suis lampu ditutup sebelum meninggalkan kelas. Meja dan kerusi hendaklah disusun dengan rapi.
3. Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Kategori Tahun 5 (Kelicap)
Kategori Tahun 4 (Meranti)
Kategori Tahun 6 (Xenix)

Kedudukan/Tahun

4

5

6

Pertama

Meranti

Kelicap

Xenix

Kedua

Seraya

Bangau

Windows

Ketiga

Jati

Merak

Linux


Ucapan wakil guru bertugas (Pn Linda Adam)

1. Tema minggu ini : Kebersihan Alam Sekitar

1.1 Maksud alam sekitar merujuk kepada dunia/bumi dan segala yang terdapat di sekeliling.
1.2 Memberi penekanan akan kebersihan alam sekitar di kawasan sekolah kerana sampah yang dibuang merata akan memberi kesan buruk pada diri sendiri.
1.3 Cara menjaga kebersihan:
- Menjaga kehijauan bumi dengan menjaga pokok hijau yang membekalkan oksigen.
- Mengitar semula samapah sama ada di sekolah atau di rumah.

LAWAD

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Arab

mencedok

audience

al bai’ti

membawa/mengambil

penonton

rumah


Ucapan Pn Siti Habsah Ahmad (PK Kurikulum)

1. Peringatan kepada semua guru dan pasukan menaikkan bendera agar bersedia sebelum upacara bermula dan pastikan murid dilatih agar tidak melakukan kesilapan semasa upacara berlangsung.
2. Bendera hendaklah diturunkan lebih awal bagi memastikan perjalanan upacara lancar.
3. Masih berlaku kesilapan ketika menyanyikan lagu sekolah. Harap dapat dibaiki.
4. Murid diminta mencatatkan ulasan, peringatan dan juga tema yang disampaikan oleh guru bertugas di dalam buku lawad.

Pelancaran Program Guru Penyayang

1. Dirasmikan oleh Pn Siti Habsah Ahmad.
2. Program ini dilaksanakan di seluruh negara di Malaysia di bawah arahan KPM.
3. Tema : "Murid Disayang Guru Dikenang, Guru Penyayang Murid Riang"
4. Tujuan program ini dilaksanakan:
i) Membentuk sahsiah murid
ii) Mewujudkan suasana harmoni antara guru dengan murid dan sebaliknya.
iii) Merasai diri dihargai oleh guru dan sebaliknya.
5. Sempena pelancaran program, beberapa orang murid yang menyambut hari lahir pada minggu lepas diraikan dengan nyanyian lagu secara beramai-ramai.

Antara barisan murid yang menyambut hari lahir pada minggu lepas

Ilham Fahim (6 Xenix), Riyshmaa (6 Xenix), Ainul Hayat (6 Windows),
Muhammad Zikry Aiman (4 Balau),M. Firdaus (4 Seraya), M. Idham (4 Jati),
Dessy Maedline David (4 Balau)

Tahniah! Semoga panjang umur dan berjaya selamanya!


Program 1 Murid 1 Buku

1. Berdasarkan memo kepada penjaga yang telah diedarkan pada minggu lalu, murid diminta menyumbang sebuah buku/majalah yang elok kepada pihak sekolah.
2. Murid diminta menulis nama dan kelas pada buku yang disumbangkan.
3. Letakkan dan masukkan buku pada kotak yang disediakan di Dewan Perdana.


Pn Siti Habsah Ahmad memberi penerangan kepada murid merangkap
perasmi kempen 1 Murid 1 Buku


Adik Muhammad Azry (5 Merak)
menjadi murid pertama yang menyahut kempen 1 Murid 1 Buku
Tahniah atas keprihatinan anda!

Pengumuman lain

1. Peptalk dibatalkan.
2. Bagi murid yang berminat menyertai Bicara Berirama (Choral Speaking), diminta berkumpul di Dewan Perdana selepas tamat perhimpunan.

No comments:

Post a Comment