Wednesday, March 28, 2012

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Merujuk kepada surat bertarikh 21.3.2012 daripada PPD Sepang , sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menganjurkan Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul 2012. Pertandingan ini akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 8 April 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pentas Utama, Kompleks PKNS Shah Alam

Pihak PPD Sepang menggalakkan sekolah SKTPP untuk menghantar wakil. Oleh yang demikian, ibu bapa dan murid-murid yang berminat bolehlah mendapatkan borang penyertaan di pejabat sekolah. Namun begitu penyertaan murid-murid tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPN Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia dan tiada implikasi kewangan kepada PPD Sepang. Hadiah yang disediakan merupakan :

Tempat Pertama : RM300.00 dan sijil
Tempat Kedua : RM200.00 dan sijil
Tempat Ketiga : RM150.00 dan sijil
Tempat Ke 4 hingga 25 : hadiah saguhati dan sijil
Persembahan Terbaik : RM50.00 dan sijil

Atur Cara Pertandingan seperti berikut :

9.00 pagi : Pendaftaran
10.00 pagi : Pertandingan bermula
3.45 petang: Persembahan jemputan
4.00 petang: Penyampaian hadiah

Borang penyertaan yang tetlah lengkap diisi boleh dihantar ke :

Urusetia Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul 2012,
Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,
Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam,
Tingkat 2, Lif Auditorium, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 April 2012 (Isnin). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Noorhana di talian 03-55222738 atau En. Halim bin Sahri, Pegawai Kokurikulum Akademik PPD Sepang di talian 012-2200327.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari laman web berikut :
www.mbsa.gov.my atau www.lamanbudaya.blogspot.com


No comments:

Post a Comment