... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, March 20, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-11(SESI PETANG)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-11 (SESI PETANG)

Hari : Isnin

Tarikh : 19 Mac – 23 Mac 2012

Masa : 5.30 petang – 6.40 petang

Guru Bertugas:

1. Pn Azizah Ab.Hamid

2. Pn Nor Arzah Hussin

3. Pn My Sarah Hamzah

4. Pn Arjunawati Ahmad Nuze

5. Pn Ainul Balkhish Mohd Aris

6. Pn Rasidah Mahmad

7. En Ahmad Zunaidi Jinalabin

Laporan /Ulasan:

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah

2. Bacaan doa oleh adik Fathul Akhbar Abu Bakar

3. Bacaan ikrar guru oleh Pn Azizah Ab.Hamid

4. Bacaan ikrar murid oleh adik Husna Aqilah Mohamad Afzainizan.

Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Pn Shurhama Ahmad):

1. Ramai murid yang tercicir wang. Ini berpunca kerana kurangnya penekanan kepada keselamatan menjaga harta sendiri.Oleh itu murid-murid diingatkan agar lebih berhati-hati di dalam menjaga barang-barang keperluan sendiri.

2. Sikap murid yang suka memukul kawan menyebabkan berlakunya kes buli. Oleh itu murid-murid dinasihatkan agar memberitahu kepada mana-mana guru jika mereka dibuli oleh rakan-rakan.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan Kelas dan Keceriaan Kelas:

1. Tahun 1 – Pertama - Kelas Musytari

Kedua - Kelas Zuhrah

Ketiga - Kelas Utarid

2. Tahun 2 – Pertama – Kelas Beta

Kedua - Kelas Omega

Ketiga - Kelas Gamma

3. Tahun 3 – Pertama - Kelas Waja

Kedua – Kelas Juara

Ketiga – kelas Alza

Ucapan Wakil Guru Bertugas ( Pn Azizah Ab.Hamid):

1. Murid-murid diingatkan agar menjaga harta benda sekolah seperti kerusi, meja dan sebagainya. Ini penting kerana alatan ini digunakan bersama bagi sesi pagi dan petang.

Perkataan Lawad:

1. Bahasa Melayu – bentak (herdik/tengking)

2. English – queen(permaisuri)

3. Bahasa Arab – Anfun (hidung)

Pelancaran Program Sekolah Selamat:

1. Taklimat ringkas mengenai Program Sekolah Selamat oleh Pn Nor Arzah Hussin yang dianjurkan oleh kelab Kaunseling bersama Panitia Seni.Di antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini:

a. Isnin – Perasmian Program

b. Selasa – Ceramah Gejala Buli/Pelacoan oleh Pegawai polis IPD Sepang.

c. Rabu – Edaran Brouser gangguan seksual

d. Khamis – Ceramah Wabak Penyakit (Denggi dan Kencing Tikus) oleh Jabatan kesihatan Derah Sepang.

e. Jumaat – Aktiviti mengosongkan bangunan.

f. Lain-lain – Aktiviti mewarna mengikut tahun di dalam kelas semasa Pendidikan Seni

2. Penerangan mengenai mengosongkan bangunan oleh En Shahrizal Yaman.

3. Perasmian Program Sekolah Selamat dilakukan oleh En Rosdin Ibrahim.(Penolong Kanan Petang).

Pengumuman:

1. Kelas Tasmek untuk tahun 1 dan 2 pada hari esok (Selasa – 20 Mac) dibatalkan tetapi bagi tahun 3 kelas Tasmek berjalan seperti biasa.

2. Ko-kurikulum bagi minggu ini adalah unit beruniform.

3. Pungutan derma bagi keluarga adik Vilosini murid tahun 5 yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya akan diadakan sepanjang minggu ini bagi sesi pagi dan petang.Untuk itu murid-murid digalakkan membawa wang untuk dimasukkan ke dalam tabung derma.

No comments:

Post a Comment