Kehadiran murid pada hari ini adalah 200/278 mewakili 72% keseluruhan kehadiran. Turut hadir dalam program ini adalah guru-guru Bahasa Melayu dan Sains tahap 2. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.45 tengah hari.
Penceramah jemputan ialah En Mohd Pauzi bin Ab Raof dari SK Syeksen 7 Bangi untuk subjek Bahasa Melayu dan En Mohd Johari Mohd Sahak dari SK Jln U3 Subang Perdana untuk subjek Sains.
Untuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik, akan dijalankan pada 13 Mac 2012.
Gambar-gambar semasa program dijalankan:
Pendaftaran murid seawal 7.30 pagi
Bacaan doa drpd wakil murid
Murid di Bilik Mesyuarat khusyuk mendengar tip-tip peperiksaan
berdoa sebelum memulakan sesi penyerapan ilmu
Penceramah subjek Sains- En Mohd Johari
Penceramah Subjek Bahasa Melayu - En Mohd Pauzi
Puan Nurliza selaku juruacara sesi BM
Puan Azila selaku juruacara sesi Sains
murid dan guru memberi tumpuan semasa sesi ceramah.
untuk lebih paparan gambar, sila klik di sini
Semoga usaha ini dapat memberi pendedahan awal kepada murid tentang teknik menjawab UPSR. Doakan kejayaan menjadi milik murid-murid SKTPP.
No comments:
Post a Comment