Friday, March 2, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS PBS JPN NEGERI SEMBILAN

29 Februari 2012 bersamaan hari Rabu seramai 55 orang pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan telah datang melawat ke SK Taman Putra Perdana untuk melihat sendiri pelaksanaaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang telah dijalankan oleh sekolah ini.
Rombongan ini diketuai oleh En Pkharuddin Hj Ghazali (Ketua Sektor Penilaian & Peperiksaan) Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.Selain itu rombongan ini juga disertai oleh 2 orang pegawai Unit Kurikulum, wakil-wakil dari PPD Seremban, PPD Port Dickson, PPD Jempol, PPD Kuala Pilah,PPD Tampin ,PPD Rembau dan beberapa buah sekolah seperti SJKC Kuo Min, SK Linggi, SK Astana Raja, SK Tunku Besar Tampin, SK Tapak, SK Serting Felda, SK Undang Jelebu, SK Taman Semarak dan SK Desa Cempaka.

Kedatangan pelawat-pelawat ini juga turut diraikan oleh YDP PIBG SKTPP Tn Hj Shaharuddin b Ajam dan wakil dari JPN Selangor En Zakaria Ismail

Semua peserta rombongan dan pegawai-pegawai yang datang berpuas hati dengan maklumat dan cara pelaksanaan PBS ini.Banyak ilmu dan info diperolehi hasil dari lawatan ini.




ketibaan tetamu Bergambar kenangan En Pkaruddin menyampaikan ucapan


pelawat melihat fail-fail guru-guru SKTPP beri penerangan Taklimat di bilik mesyuarat














No comments:

Post a Comment