Hari : Isnin
Tarikh : 19 Mac 2012
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Guru bertugas :
1. En. Muhamad Zainudin bin Kalam
2. Pn. Noriza binti Md Noor
3. Pn. Azlina binti Mat Isa
4. Pn. Roslina binti Jaafar
5. Pn. Norinna binti Mohamed
6. Cik Norliza binti Ali @ Yasim
7. Pn. Norli binti Hassan
8. Pn. A’ishah binti Mohamad Nor
Laporan/Ulasan:
1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah
2. Bacaan doa oleh Kamal Aizam
3. Bacaan ikrar Rukunegara oleh Pn. Azlina binti Mat Isa
4. Bacaan ikrar murid oleh Atiqah An-nur binti Zainudin
5. Ucapan guru bertugas minggu lepas (En. Jamillullail bin Mohd Junit)
5.1 Menegur murid-murid agar memastikan kebersihan kelas sebelum pulang.
5.2 Mengingatkan murid supaya menutup suis kipas dan lampu sebelum meninggalkan kelas sama ada waktu rehat, balik atau ke bilik-bilik khas.
5.3 Mengingatkan murid-murid supaya makan di kawasan kantin serta meminta mereka meletakkan cawan dan pinggan yang digunakan di tempat yang disediakan.
5.4 Meminta kerjasama murid-murid dalam memastikan peralatan PJ di simpan dan di susun di dalam stor sukan selepas digunakan.
5.5 Menegur murid-murid agar menjaga keselamatan diri serta tidak memanjat pokok sewaktu menunggu bas di luar sekolah.
6. Penyampaian hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
6.1 Tahun 4
Tempat pertama : 4 Meranti
Tempat ke-2 : 4 Seraya
Tempat ke-3 : 4 Jati
Tahun 5
Tempat pertama : 5 Kelicap
Tempat ke-2 : 5 Tiung
Tempat ke-3 : 5 Merak
Tahun 6
Tempat ke-2 : 6 Palm
Tempat ke-3 : 6 Windows
PPKI
Tempat pertama : PPKI Semangat
Tempat ke-2 : PPKI Tabah
7. Ucapan wakil guru bertugas (Pn. Azlina binti Mat Isa)
7.1 Menyampaikan pesanan bertemakan Sayang Harta Benda Sekolah.
7.2 Seterusnya menerangkan setiap maksud perkataan tersebut.
7.3 Menekankan tentang peri pentingnya menjaga kebersihan terutama dinding
bangunan sekolah, menjaga harta benda yang dipinjam daripada sekolah seperti
buku teks dan menggunakan peralatan sekolah dengan sebaik mungkin.
7.4 Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini (seperti nama guru bertugas di atas).
8. Perkataan LAWAD:
1. Bahasa Malaysia : Bentak bermaksud herdik, tengking
2. Bahasa Inggeris : Distance bermaksud jarak
3. Bahasa Arab : Yusyaariku bermaksud menyertai
9. Guru Disiplin (Puan Zaleha)
9.1 Mengumumkan bahawa Unit Disiplin & Pengawas Sekolah akan menjalankan
‘pemeriksaan mengejut’ dari kelas ke kelas. Murid-murid perlu memastikan rambut,
kuku dan pakaian sekolah adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
9.2 Mengingatkan murid-murid agar mengunci basikal masing-masing.
9.3 Mengingatkan murid-murid agar lebih berdisiplin serta datang ke sekolah tepat pada
waktunya.
10. Penyampaian Pingat Bagi Kejohanan Olahraga
Tarikh : 6, 7 dan 8 Mac 2012
Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Tempat : Stadium Bandar Baru Salak Tinggi
Keputusan Kejohanan :
1) 4 x 200 meter mendapat tempat ketiga
Peringkat Pendidikan Khas :
2) Abdul Hadi-Tempat Ketiga 100 m
-Tempat Ketiga Lompat Jauh
3) Muhammad Akid- Tempat Kedua Lontar Peluru
4) Nur Ain – Tempat Pertama Lontar Peluru
Tempat Kedua 100 meter
Tempat Kedua 200 meter
Tempat Ketiga Lompat Jauh
5) Dayana Balqis - Tempat Kedua Lontar Peluru
Tempat Ketiga 100 meter
Tempat Ketiga 200 meter
Tempat Ketiga Lompat Jauh
11. Program Sekolah Selamat
11.1 Puan Linda Adam selaku pengerusi majlis menerangkan tentang objektif program ini serta menyenaraikan tiga polisi program sekolah selamat bagi tahun 2012.
11.2 Encik Pazli bin Zawawi menyampaikan maklumat mengosongkan bangunan dan kebakaran.
11.3 En. Sukimin bin Juki selaku guru besar SKTPP menyampaikan ucapan dan merasmikan program ini.
12. Ucapan Tuan Guru Besar SKTPP (En Sukimin Bin Juki)
12.1 Murid-murid diminta menjaga keselamatan diri
12.2 Salah satu aspek NKRA adalah dari segi keselamatan
12.3 Murid-murid dilarang berjinak-jinak dengan rokok kerana merokok dan pergaulan bebas boleh menjerumuskan diri dengan dadah.
12.4 Beliau mengingatkan murid-murid agar menjaga kebersihan dan kesihatan agar wujud suasana ceria dan selamat di sekolah.
13. Pengumuman
13.1 Guru Besar memperkenalkan PK Kokurikulum baru iaitu En. Ahmad Fuadi bin Sarham@Haji Mohd Dahlan
13.2 Program Pep Talk bersama Guru Besar SKTPP akan dijalankan di Dewan Perdana. Murid terlibat ialah tahun 6 Linux dan 6 Solaris.
13.3 Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan komputer di Laluan Patriotik bagi tujuan bermain “game”
No comments:
Post a Comment