Wednesday, March 7, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS PBS SK TAMAN SRI MUDA 2

7 Mac 2012 seramai 17 orang guru-guru SK Taman Sri Muda 2 telah berkunjung ke
SK Taman Putra Perdana untuk melihat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
yang telah dijalankan di sekolah ini.

Di samping itu, mereka juga ingin melihat pengurusan sistem fail seperti Fail Induk,
Fail Perkembangan Murid, Fail Pameran, Fail Instrumen dan Folder Pengajaran Pembelajaran yang telah diamalkan di sekolah ini.

Kedatangan tetamu ini disambut oleh Pn Siti Habsah (PK Pentadbiran) dan beberapa orang fasilitator iaitu Pn Jumilah Ahmad, Cik Noor Azlinda bt Kasmin, Pn Nor Holwani bt Yahaya,
Pn Parimala Vengadaslam, Pn Suzelawati bt Zakaria, Pn W Rosmawati bt W Ibrahim,
Pn Nurazlin bt Md Nor, Pn Salina bt Mohd Tasu dan Pn Noranismawati bt Md Faudzi.






Guru-guru SKTPP menyambut ketibaan tetamu yang hadir



Guru Besar memberi penerangan











Guru-guru SKTPP berkongsi pengalaman dan ilmu










Gambar sebelum tetamu pulang

Disediakan Oleh :Pn Jumilah dan Cik Noor Azlinda


No comments:

Post a Comment