Thursday, July 19, 2012
INFO PPKI-LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA DAN TAMAN WETLAND PUTRAJAYA
Rabu 18 Julai 2012-PPKI SKTPP telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Dan Penyelamat Malaysia Presint 7 dan Taman Wetland,Presint 1 Wilayah persekutuan Putrajaya. Lawatan ini disertai oleh 30 orang iaitu 23 orang murid 4 orang guru 1 orang PPM dan 2 orang ibu murid.Kami bertolak dari sekolah pukul 8.30 pagi dan tiba semula di sekolah kira-kira pukul 1.30 petang.
Lawatan ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti tahunan PPKI yang telah dirancang disamping untuk menimba pengetahuan am tentang tugas dan peranan Jabatan Bomba Dan penyelamat Malaysia dan Taman Wetland Putrajaya yang berhubung kait dengan pembelajaran.
Berikut merupakan pengisian lawatan.
Bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya pada pukul 8.15 pagi.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah:
Mendengar taklimat daripada Pegawai Bomba pada pukul 8.30 pagi.
Menonton video dan gambar tentang aktiviti menyelamat.
Murid dibawa untuk melihat pameran berkaitan aktiviti bomba.
Melihat demonstrasi penggunaan alatan bomba.
Murid diberi peluang untuk memakai pakaian bomba kanak-kanak.
Aktiviti memadam api dengan menggunakan paip bomba.
Menaiki kereta bomba dan mengeliling kawasan sekitar.
Makan tengah hari pada pukul 12.30 di Balai Bomba & Penyelamat Putrajaya.
Bertolak pulang pada pukul 1.15 tengah hari.
Tiba di sekolah pada pukul 1.30 tengah hari.
Aktiviti lawatan telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kemalangan yang berlaku..
Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia
Sesi 1-Taklimat dari En Ismail Bin Abd Ghani,Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Putrajaya
Sesi 2-Tayangan Video
Sesi 3-Pertunjukan/penerangan kelengkapan Jentera Bomba
Sesi 4-Praktikal penggunaan hos
Sesi 5-Sesi Bergambar Ahli Bomba Junior
Cenderahati disampaikan kepada Haji Rusli,wakil Balai Bomba Dan Penyelamat Malaysia oleh Penyelaras PPKI Encik Zaidi Mahmat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Teruja melihat murid PPKI
ReplyDelete