Pada hari ini, 10
Julai 2012 (Selasa) Aktiviti Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah
dilaksanakan, kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti
ini dijangka akan mencatat sejarah di dalam Malaysia Book of Records,
“Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”.
Matlamat
mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang
cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang
kehidupan mereka. Menerusi senamrobik,
setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan
dengan iringan muzik berserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh
badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan
diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti
senamrobik dan sukan.
Senamrobik juga adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik:
1. merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak;
2. dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit
jantung dan pembuluh darah;
3. dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor; dan
4. dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.
Berikut adalah paparan gambar yang dirakamkan semasa program senamrobik peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana dilaksanakan:
taklimat ringkas drpd Cikgu Pazli
murid Prasekolah turut melakukan aktiviti regangan
tenaga pengajar senamrobik yang dijemput khas
memulakan senamrobik dengan wajah yang ceria
sudah mula kepenatan
Puan Siti Habsah (Penolong Kanan) turut bersenam dengan penuh bergaya
Puan Linda dan Pn Nurulfadillah asyik bersenamrobik
Puan Jamilah (PK HEM) bersenam dengan penuh bersemangat
gaya senamrobik murid-murid tahun 6
Pn Maimunah bersenam sambil tersenyum
Semoga
aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian
murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan
gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara
menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan
dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment