... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, July 20, 2012

MOHON SUMBANGAN BAHAN BACAAN PROGRAM “1MURID 1BUKU”

Sukacita dimaklumkan bahawa, sekolah ini ingin menambah koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah.  Ini berikutan jumlah buku yang ada masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan semua murid.

Sehubungan itu, besarlah harapan pihak sekolah agar tuan/puan dapat menyumbangkan secara ikhlas apajua bentuk bahan bacaan termasuklah buku-buku terpakai yang masih boleh digunakan. Semoga sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan oleh murid-murid  dalam usaha pihak sekolah untuk melahirkan generasi yang cintakan amalan membaca. Bahan bacaan tersebut boleh dikirim melalui anak masing-masing semasa pelancaran program tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Sesi Pagi

Tarikh  :  27 Julai 2012 (Jumaat)
Masa :  7.30 pagi
Tempat: Tapak Perhimpunan SKTPP

Sesi Petang

Tarikh  :  30 Julai 2012 (Isnin)
Masa :  6.00 petang
Tempat: Tapak Perhimpunan SKTPP

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Memo pemakluman untuk murid sesi petang akan diedarkan pada hari Isnin.


No comments:

Post a Comment