Monday, July 23, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27 (SESI PAGI)


Hari    : Isnin
Tarikh : 23 Julai 2012
Masa   : 7.30-8.00 pagi

Guru Bertugas:

1. En. Mohd Zainudin bin Kalam
2. Pn. Azlina binti Mat Isa
3. Pn. Norinna binti Mohamed
4. Pn. Norli binti Hassan
5. Pn. A'ishah binti Mohamad Nor
6. Cik Norliza binti Ali @ Yasim
7. Pn. Noriza binti Md Nor
8. Pn. Roslina binti Jaafar

Laporan/Ulasan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu Sekolah.
b. Bacaan doa oleh adik Kamal Aizam (6 Xenix).
c. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh  Pn. A'ishah binti Mohamad Nor dan bacaan ikrar murid oleh adik Atiqah An-Nur (6 Xenix).

2. Laporan / Ulasan Guru Bertugas minggu lepas ( Pn Mazzaini binti Muda)

a. Murid-murid didapati bising terutamanya pada waktu rehat. Murid-murid diminta menggunakan masa terluang pada waktu rehat dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menguruskan diri (ke tandas) dan membaca buku/nota. 
b. Murid-murid diminta membersihkan kelas sebelum proses pembelajaran bermula. Murid-murid hendaklah mengutip sampah yang berada di sekelilingnya.
c. Murid-murid perlu sentiasa berdisiplin agar tidak berlaku kecederaan. Jika perkara ini berlaku ia akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta memberi kesan kepada ibu bapa.


3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahun 4- Pertama - Jati
               Kedua - Seraya
               Ketiga - Meranti

Tahun 5- Pertama -Merbok
               Kedua - Merak
               Ketiga - Bangau

Tahun 6- Pertama -Xenix
               Kedua - Novell
               Ketiga - Windows

PPKI- Pertama - Semangat
            Kedua  - Tabah

4. Ucapan guru bertugas:

Tema : Menghormati Ilmu

Isi penting:
a. Ilmu adalah pengetahuan iaitu usaha kita untuk mencari dan meningkatkan pemahaman dalam apa-apa sahaja perkara atau bidang.
b. Ruang lingkup ilmu itu sangat luas, merangkumi ilmu agama, sains, matematik, geografi, sejarah dan bergabai lagi.
c. Kita perlu menghormati ilmu kerana:
i. darjat ilmu itu sangat tinggi, kita perlu mencari ilmu kerana ilmu tidak datang sendiri.
ii. untuk memperolehi ilmu kita perlu datang ke sekolah, perlu berguru, menghafal, menulis dan sebagainya.
iii. Kita bukan sahaja perlu menghormati ilmu bahkan perlu menghormati orang yang memiliki dan menyampaikan ilmu kepada kita.
iv. Orang yang berilmu dapat memajukan diri sendiri dan memberi faedah kepada masyarakat dan juga negara.

5. Perkataan LAWAD

    Bahasa Melayu - mengacip (mengerat, menyepit)
    Bahasa Inggeris - brainy (bijak)
    Bahasa Arab - al-ghaabatu (hutan)
6. Pengumuman :

a. Kutipan derma untuk anak-anak yatim dan fakir miskin akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Tabung akan diletakkan di Dewan Perdana pada waktu rehat.
b. Majlis Tadarus akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Murid-murid tahun 4 dan 5 yang terlibat dengan majlis ini boleh  meninggalkan kelas pada jam 9.25 pagi (murid-murid tahun 6 pula pada jam 10.25 pagi) untuk mengambil wuduk serta mengambil Al-Quran di surau dan seterusnya menuju ke Dewan Perdana.

7. Ucapan Guru Besar (Encik Sukimin bin Juki)

a. Murid-murid sekali lagi diingatkan agar menghormati ilmu dan orang yang menyampaikan ilmu serta menghormati majlis ilmu dengan tidak berbuat bising (dapat mengawal diri sendiri).
b. Murid-murid perlu mengamalkan sikap menghormati orang lain, sentiasa senyum dan bantu-membantu.
c. Mengucapkan selamat berpuasa dan semoga amalan yang dilakukan akan mendapat keberkatan dan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.00 pagi.

No comments:

Post a Comment