Friday, July 13, 2012

TEMASYA SUKAN OLAHRAGA 2012_SUKANEKA PRA SEKOLAH

Pada 8 Julai 2012 Kelas Pra Sekolah Cemerlang dan Pra Sekolah Gemilang SK Taman Putra Perdana turut menjayakan Temasya Sukan Olahraga 2012 dengan mengadakan aktiviti sukaneka sejurus selepas acara perasmian oleh Tuan Haji Mat Jah Bin Roslan, Pegawai Pelajaran Daerah Sepang.
Kontigen Pra Sekolah yang disertai oleh 50 orang murid dari Pra sekolah Cemerlang dan Pra sekolah Gemilang.
Sukaneka ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai gelagat murid,guru-guru pra sekolah dan tidak ketinggalan sokongan daripada ibubapa murid pra sekolah yang hadir pada hari tersebut untuk memberi sokongan kepada anak mereka.
Cikgu Hanawati memberi semangat kepada anak didiknya.
Hadiah disampaikan kepada pemenang oleh NYDP PIBG Encik Rushdan Bin Mohamed

No comments:

Post a Comment