Tuesday, July 10, 2012

TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SKTPP 2012

Pada 8 Julai 2012, semua warga SK Taman Putra Perdana telah menjayakan Temasya Sukan Olahraga SKTPP Kali Ke-9.  Acara yang bermula pukul 8.00 pagi berakhir dengan meriah pada pukul 2.00 petang.  Tetamu jemputan iaitu Tuan Haji Mat Jah bin Roslan, Pegawai PPD Sepang turut hadir memeriahkan acara sukan sekali gus merasmikan Temasya Sukan Olahraga kali Ke-9 ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SKTPP yang saling bekerjasama melancarkan perjalanan sukan pada tahun ini.

Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Mat Jah bin Roslan




 Tn Hj Mat Jah menerima lintas hormat dengan diiringi oleh Tn Guru Besar En Sukimin bin Juki dan YDP PIBG SKTPP Tn Hj Shaharuddin bin Ajam

Tuan Pegawai PPD Sepang bergambar kenangan bersama pemenang acara Lompat Jauh

Berikut adalah keputusan akhir bagi setiap rumah sukan.  Tahniah diucapkan kepada rumah Akik (Jingga) kerana berjaya mengekalkan kejuaraan dari tahun 2011.


Olahragawan SKTPP 2012 telah berjaya dirangkul oleh adik Ahmad Azizul Hakimi dari rumah Delima (Merah) yang berjaya memenangi 4 Emas dalam acara Lompat Jauh, 100M, 4 x 100M, 4 x 200M.


Manakala Olahragawati SKTPP 2012 dimenangi oleh adik Adelline Saffiya dari rumah Hijau (Zamrud) dengan memenangi 1 Emas dan 4 Perak dalam acara Lompat Jauh, Lontar Peluru, 4 x 100M dan 4 x200M. 


Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan masing-masing disandang oleh adik Shirrenjivi (rumah Hijau) dan adik Nur Aina Adlina (rumah Merah) kerana kejayaan mereka meraih 1 Emas dalam acara 50Meter untuk diri masing-masing.


Berikut aksi-aksi dan gelagat-gelagat  warga SKTPP semasa temasya sukan dijalankan:

atlet rumah Jingga bersedia sebelum acara lintas hormat


hiasan khemah rumah Merah dan Kuning

aksi menyolek maskot rumah Hijau iaitu 'Zamrud Frog'

bergambar kenangan bersama guru besar En Sukimin Juki

rumah Kuning dengan hiasan bunga Matahari

Ketua rumah Merah, En Shahrizal sibuk menyediakan peserta rumah Merah







Bacaan Ikrar Sukan diketuai oleh Muhammad Iffat dari kelas 6 Symbian

warna-warni bendera rumah sukan

murid Prasekolah turut sama dalam perbarisan lintas hormat

Tuan Haji Mat Jah turut sama mengalungkan pingat kepada para pemenang

acara 50Meter murid tahap 1

acara sukaneka bagi murid PPKI dan murid Prasekolah

Johan acara Lompat Tinggi, adik Shafizul dari kelas 6 Palm

AJK Pencatat yang manis-manis

Pn Arnny, Cik Liza dan Pn Ruby diberi mandat sebagai AJK Data/Rekod/Statistik 

gelagat ibu yang setia menonton acara sukan walau di bawah terik mentari

Ya..aku berjaya!! Wajah ceria atlet rumah Biru yang berjaya menjuarai acara 4 X 50meter

bergaya dengan pingat masing-masing

Wajah-wajah riang atlet-atlet rumah Jingga atas kejayaan menjadi Johan Rumah Sukan bagi tahun 2012, bergambar kenangan bersama En Sukimin bin Juki selaku Guru Besar SKTPP


Sememangnya Temasya Sukan Olahraga SKTPP Kali ke-9 ini amat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.  Keadaan padang yang kering dan kehadiran ibu bapa yang menyokong anak-anak telah memeriahkan lagi acara sukan pada kali ini.  Semoga SKTPP terus maju dan cemerlang dalam bidang kokurikulum dari tahun ke tahun.
TAHNIAH BUAT SEMUA!!

Untuk lebih paparan gambar sila layari FB SKTPP di sini   atau  Album 2  atau  Album 3   dan untuk melihat gambar-gambar pemenang acara sukan ini klik pemenang.

No comments:

Post a Comment