Hari : Isnin
Tarikh :16 Julai 2012
Masa : 7.30-8.00 pagi
Guru Bertugas:
1. En. Jamilullail bin Junit
2. Pn. Nurulfadillah bt Jais
3. Pn. Nahdatulsima bt Mat Kairan
4. Pn. Noranismawati bt Md Fauzi
5. Pn. Nor Syifa bt Kadir
6. Pn. Mazzaini bt Muda
7. Pn. Musaliha bt Mustafa
7. En. Mohd Ridzuan bin Supardin
Laporan/Ulasan:
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
a. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu Sekolah.
b. Bacaan doa oleh adik Kamal Aizam (6 Xenix)
c. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pn Mazzaini bt Muda dan bacaan ikrar murid oleh adik Atiqah An-Nur (6 Xenix)
2. Laporan / Ulasan Guru Bertugas minggu lepas (Pn. Azura bt Asir)
a. Teguran kepada murid-murid yang membawa basikal tanpa tongkat basikal. Perkara ini menyebabkan basikal tidak tersusun dengan teratur dan ada juga sebahagian basikal yang tumbang.
b.Pemakaian baju panas pada musim hujan tidak mematuhi peraturan warna yang telah ditetapkan oleh sekolah. Warna yang dibenarkan hanya biru tua atau putih sahaja.
4. Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas
Tahun 4- Pertama - Seraya
Kedua - Meranti
Ketiga - Jati
Tahun 5- Pertama -Merbok
Kedua - Merak
Ketiga - Kelicap
Tahun 6- Pertama -Xenix
Kedua - Novell
Ketiga - Windows
PPKI- Pertama - Semangat
Kedua - Cekal
5. Ucapan guru bertugas:
Tema : Jimatkan penggunaan elektrik
Isi penting:
1. takrif menurut Kamus Dewan - satu bentuk tenaga yang digunakan untuk menghasilkan cahaya, haba, kepanasan dan lain-lain.
2. Penggunaan elektrik terbahagi kepada dua kawasan, di sekolah dan di rumah.
3. Tujuan penjimatan elektrik adalah untuk mengelakkan pembaziran kos dan tenaga seperti bil elektrik. Pengurangan kos pembayaran elektrik boleh dikurangkan jika kita menggunakan tenaga elektrik dengan berhemah.
6. Pengumuman :
a. Kelas Tambahan Tahun 6 dijalankan seperti biasa. Kehadiran penuh perlu dicatat.
b. Gerak gempur akan berjalan seperti biasa. Ingatan kepada murid Tahun 6 dan guru-guru yang masuk ke kelas untuk melihat jadual di bilik "M Eriser".
c. Percubaan UPSR kali ke-2 pada minggu hadapan. Diingatkan murid supaya bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
d. Kokurikulum pada minggu ini ialah Persatuan dan Permainan.
7. Perkataan LAWAD
Bahasa Melayu - gempur (diserang atau dibinasakan)
Bahasa Inggeris - handshake (jabat tangan)
Bahasa Arab - yanamu (tidur)
8. Ucapan Penolong Kanan Kurikulum (Pn. Siti Habsah bin Ahmad)
Sikap Tidak Ambil Endah
a. Ditujukan kepada para guru dan murid SKTPP.
b. Berdiri tegak (hormat) dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah..
c. Kebanyakan murid tidak menghiraukan dan mencatat perkataan lawad dan juga maklumat yang disampaikan oleh guru bertugas.
d. Murid sepatutnya sudah mempunyai buku catatan khas untuk perkara tersebut, bukan ditulis di dalam buku mata pelajaran lain.
e. Kempen Hari Mengibar Jalur Gemilang. Diminta semua murid supaya dapat mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah, di sekolah atau dibawa bersama ketika menunggang basikal.
f. Sentiasa menanamkan semangat Patriotisme dalam diri masing-masing. Sayangkan keamanan dan kemakmuran negara kita.
Perhimpunan tamat pada pukul 8.00 pagi.
Dicatat oleh : Pn Nahdatulsima dan Pn Nurulfadillah
No comments:
Post a Comment