... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, July 27, 2012

PROGRAM 1MURID 1BUKU FASA II/2012

Pada  hari Jumaat (27hb Julai 2012) telah diadakan pelancaran Program 1Murid 1Buku Fasa II anjuran Pusat Sumber Sekolah bertempat di Tapak Perhimpunan SKTPP.Tujuan program ini diadakan adalah untuk memohon sumbangan buku atau majalah (baru dan terpakai) bagi  menambah koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber. Setakat ini, jumlah buku yang terdapat di Pusat Sumber hanya sekitar 14 ribu buah sahaja. Memandangkan nisbah yang sepatutnya adalah 1:15 bagi setiap pelajar ataupun 25 ribu buah buku maka, Pusat Sumber memerlukan sekurang-kurangnya 11 ribu buah buku lagi bagi mencapai sasaran tersebut.

Program yang dilancarkan pada pagi ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila berjaya mengumpul sebanyak 153 buah buku untuk sesi pagi sahaja. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Diharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dan sumbangan daripada pelbagai pihak amat dialu-alukan pada bila-bila masa sahaja.

Berikut adalah beberapa paparan yang boleh dikongsi bersama semasa berlangsungnya program tersebut. 

Pelancaran program oleh Guru Besar.

Murid-murid khusyuk mendengar pesanan daripada Guru Besar.

Adik Au Yu Cheng memberanikan diri tampil menjawab soalan spontan daripada Tuan Guru Besar dalam ucapan perasmian beliau
Sesi potong reben sebagai simbolik pelancaran program.  

Banner program dibuka dan dipamerkan kepada warga SKTPP.

Sumbangan buku pertama daripada Guru Besar.

Guru-guru turut memberi sumbangan bahan bacaan.

Antara murid yang menyumbangkan buku.

Sambutan menggalakkan daripada murid-murid untuk program ini

No comments:

Post a Comment