Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti bersajak, bersyair, teka silang kata dan banyak lagi. Aktiviti ini dijalankan secara berperingkat dari 1 Julai - 30 Julai 2012. Pada hari ini, 30 Julai, acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan dilakukan secara ringkas semasa perhimpunan rasmi sekolah.
Antara aktiviti yang telah dijalankan:
1. Aktiviti di dalam kelas :
Tahun 4 : Ganda Huruf
Tahun 5 : Silang Sinonim
2. Aktiviti Individu :
Tahun 4 : Bersajak pada 12 Julai 2012 di Dataran Perhimpunan
Tahun 5 : Aktiviti Bersyair pada 19 Julai 2012 di Dewan Perdana
Aktiviti bersajak di Dataran
Para Pengadil untuk aktiviti bersajak
Puan Astina menunjuk cara bersyair
Para pengadil acara bersyair
Salah seorang peserta syair dari tahun 5
Berikut adalah gambar-gambar semasa acara penutup:
Encik Fuadi (PK Kokurikulum) menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Puan Siti Habsah (PK Kurikulum) turut menyampaikan hadiah
Pemenang Acara Bersajak ~ Najihah bt Kamarul Ariffin (4Meranti)
Pemenang acara bersyair ~ Wan Fatin Amira (5Nuri)
Tahniah kepada semua pemenang.
Pihak Panitia Bahasa Melayu juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan warga SKTPP yang telah menjayakan program Bulan Bahasa 2012 ini.
No comments:
Post a Comment