Friday, February 8, 2013


KURSUS PENYEBARAN BAHAN KSSR PJK TAHUN 3 2013

Kursus Penyebaran Bahan KSSR Tahun 3 2013 bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah pun diadakan pada 7 Februari 2013 (Khamis). Kursus ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, SK Taman Putra Perdana. Kursus selama satu jam ini dihadiri oleh 14 orang guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahap 1. Penceramah bagi kursus ini ialah Puan Yusnita binti Yunus bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan manakala Encik Hafiz bin Md Noor bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Diharap semua guru PJK  Tahap 1 SK Taman Putra Perdana mendapat input yang berguna demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada masa akan datang.
Pn Yusnita sedang memberi penerangan tentang mata pelajaran  Pendidikan  Kesihatan
En Hafiz sedang memberi penerangan tentang mata pelajaran  Pendidikan  Jasmani
Antara guru PJK yang hadir
Slide show tunjuk cara melakukan aktiviti imbangan

Modul pengajaran PJ

Aktiviti imbangan yang diaplikasikan kepada murid  cikgu Hafiz

No comments:

Post a Comment