TARIKH: 4 Februari 2013
MASA: 6.10 - 6.40 petang
GURU BERTUGAS:
1. Pn. Jumilah bt. Ahmad
2. Pn. Ezza Hairani bt. Zainuddin
3. Pn. W. Rosmawati bt. W. Ibrahim
4. Pn. Nor Arzah bt. Hussin
5. Pn. Rashidah bt. Mahmad
6. Pn. Suhaizan bt. Sukiman
7. Cik Siti Husniah bt. Samakun
LAPORAN/ULASAN:
1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (yang dipimpin oleh Pn. Salmi bt. Amir).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Asyraaf Aqasha b. Mohd Fadzir (3 Zeta).
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Jumilah bt. Ahmad.
d) Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Alya Fariha bt. Azairy (3 Sigma).
2. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Jumilah bt. Ahmad)
a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.
b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.
c) Perkataan LAWAD minggu ini:
Bahasa Melayu: Herdik
Bahasa Inggeris: Father (ayah)
Bahasa Arab: قلنسوة Kolansuwaton (songkok)
Pn. Jumilah bt. Ahmad, guru bertugas minggu ini |
a) Majlis dipengerusikan oleh Pn. Nor Sabariah bt. Awang Ngah.
b) Dirasmikan oleh Penolong Kanan Petang, En. Rosdin b. Ibrahim.
c) Beliau menasihati semua guru dapat membudayakan amalan penyayang demi mewujudkan sekolah penyayang. Beliau juga mengingati semua murid bahawa semua guru sayang akan mereka.
Pn. Nor Sabariah bt. Awang Ngah |
En. Rosdin b. Ibrahim menyampaikan amanat |
Penolong Kanan Petang merasmikan Program Guru Penyayang 2013 |
Barisan guru dan murid yang mendengar amanat yang disampaikan |
Program Guru Penyayang 2013 |
No comments:
Post a Comment