Pada 13 Februari 2013 (Rabu) dua orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Dr. Jafri bin Abu (KU Akademik Sektor Pengurusan Sekolah Rendah) dan Pn. Siti Rohimah Bt. Mahmad Rejab (Pen. Pengarah SPSR) telah hadir ke SK Taman Putra Perdana untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaksanaan PBS KSSR di sekolah ini. Sepanjang pertemuan ini banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dikongsi bersama. Walaupun sekolah sedang bercuti (cuti ganti sempena Tahun Baru Cina), beberapa orang guru dapat turut hadir untuk membantu iaitu Pn. Siti Habsah Ahmad (Penolong Kanan), Pn. Jumilah Ahmad (SU PBS), Pn. Salina Mat Tasu (Guru BI) dan ustazah Wan Sarina Wan Ibrahim. Mereka mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian SKTPP menerima kehadiran mereka dan merasa berpuashati atas layanan dan ilmu yang diberi.
|
Dr. Jafri Abu dan Pn. Siti Rohimah |
|
Guru Besar sedang memperkatakan tentang Pentaksiran Sekolah |
|
Dokumen Standar Kurikulum, Dokumen Standard Prestasi, Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Harian dan pelbagai dokumen penting lain yang disemak oleh mereka untuk memasti mereka dapat memahami sepenuhnya cara bagaimana sekolah melaksanakan PBS |
|
Pn. Siti Habsah sedang menunjukkan salah satu dokumen penting yang digunakan oleh pihak sekolah |
No comments:
Post a Comment