Tarikh : 25
Febuari
2013
Masa
: 7.30 hingga 8.00 pagi.
Guru-guru bertugas:
1. En. Saifullah Mat Saupi
2. Pn. Mazzaini bt. Muda
3. Pn. Rosmizawati Yusub
4. Nik Kamisah Mohd Aziz
5. En. Jamillulail b. Mohd Junit
6. Nor Fairuzah Ahmad Ramli
7. Nahdatul Sima Mat Kairan
8. Srimahathevan Vadivelu
LAPORAN
1.0 Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.1 Nyanyian
lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan adik Intan
Zulaikha.
1.2 Bacaan doa oleh adik Mohd Syazwan b. Saari
1.3 Ikrar Rukun Negara dan
Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Mazzaini bt. Muda
1.4 Ikrar murid oleh adik Zarith Sofea
2.0 Laporan/ulasan
guru bertugas minggu lepas (En. Ismarizal b. Ismail)
2.1 Pelajar diingatkan
agar jangan berlari di luar kelas dan juga di dalam kelas melainkan
sewaktu berada di padang sahaja dan juga matapelajaran pendidikan jasmani. . Hal
ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada pelajar sekiranya berlaku sesuatu
yang tidak diingini.
2.2 Pelajar juga diingatkan agar menjaga
kebersihan di dalam dan diluar kelas dan juga sekolah. Pelajar di larang
membuang sampah di merata- rata tempat walaupun makanan berkenaan di beli di
luar kawasan sekolah. Tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama samada di dalam atau diluar sekolah.
2.3 . Keceriaan kelas
bagi minggu kesembilan,
PPKI – 1. Proaktif
2. Inovatif 3. Kreatif
Tahun 4 - 1.
Iswara 2. Ezora 3. Wira
Tahun 5 - 1.
Balau 2. Almond 3. Merpati
Tahun 6 – 1. Helang
2. Tiung 3 Merpati
3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (Cik Nurul Aifaa
Saharuddin)
3.1 Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
3.2 Tema bagi
minggu ini ialah kebersihan fizikal dan mental. Kebersihan fizikal adalah kebersihan
diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula adalah kebersihan
pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Kebersihan diri merupakan
kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin
kesejahteraan hidup.
3.3
Ciri ciri kebersihan diri seperti menjaga kebersihan tubuh badan dan
pakaian, displin diri yang tinggi dan memastikan diri dalam keadaan yang bersih
sepanjang masa dan sebagainya.
4.0 Perkataan LAWAD
4.1. BM- Mencemuh
4.2. BI – Word
4.3. BA- Ishtaraa
(membeli)
5.0 Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid – Pn. Jamilah bt. Ariffin
5.1 Beliau mengingatkan pelajar berkenaan kebersihan diri, mental dan
fizikal. Keberihan fizikal adalah sesuatu yang boleh dilihat manakala
kebersihan mental merujuk kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat. Ianya lahir
dari individu itu sendiri.
5.2. Beliau juga mengingatkan pelajar tentang
penggunaan istilah gila dan juga bodoh di dalam pergaulan
seharian. Pelajar seharusnya mengelakkan menggunakan perkataan berkenaan kerana
ianya adalah sesuatu yang tidak elok dan memberi kesan yang besar dalam
pergaulan pelajar seharian.
5.3
Ketua kelas diingatkan agar memberi salam berserta dengan nama guru berkenaan bagi setiap guru yang memasuki kelas berkenaan sebelum
memulakan sesi pengajaran. Hal ini bagi memastikan pelajar akan mudah
mengingati setiap guru yang mengajar khususnya dan semua guru amnya.
Sesi perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi.
No comments:
Post a Comment