Friday, February 8, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2013 (SESI PETANG)




TARIKH  : 8 Februari 2013 (Jumaat)
MASA     : 4.00 petang hingga 6.10 petang
TEMPAT : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

LATAR BELAKANG
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan majlis  sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan ‘Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah’. Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

OBJEKTIF
  • Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasullullah .
  • Melahirkan kesedaran kepada murid-murid mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam.
  • Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan memelihara akhlak dan tingkah laku sebagai seorang Muslim.
  • Mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam
  • Merapatkan silaturrahim antara guru dan murid-murid dalam memartabatkan Pendidikan Islam

.
RINGKASAN MAJLIS
Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Dewan Perdana pada jam 4.00 petang.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zunaidi Bin Jinalabin. Seterusnya  guru-guru dan murid-murid berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W  yang diketuai oleh Ustaz Zawadi Bin Ali.

Antara pertandingan yang telah dijalankan sebelum majlis ini ialah tilawah Al-Quran dan hafazan, bercerita, bijak arab, melukis poster dan menghasilkan sepanduk. Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh PK Petang, Encik Rosdin Bin Ibrahim.

Murid-murid khusyuk mendengar ucapan dari guru

Pemenang-pemenang Pertandingan Poster
Johan Pertandingan Cerita Tahun 3
Penyampaian hadiah oleh PK Petang





Majlis berakhir pada jam 6.10 petang. Di harap majlis ini akan mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah membentuk sahsiah dan peribadi cemerlang, sejajar dengan matlamat pendidikan Islam untuk menghasilkan muslim yang berilmu, mencintai Nabi Muhammad , beriman, berketrampilan dan beramal.

No comments:

Post a Comment