Friday, February 8, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2013 (SESI PAGI)


TARIKH : 8 Februari 2013 (Jumaat)
MASA : 7.30 pagi hingga 9.30 pagi
TEMPAT : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

LATAR BELAKANG
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

OBJEKTIF
  1. Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasullullah .
  2. Melahirkan kesedaran kepada murid-murid mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam.
  3. Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan memelihara akhlak dan tingkah laku sebagai seorang Muslim.
  4. Mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam
  5. Merapatkan silaturrahim antara guru dan murid-murid dalam memartabatkan Pendidikan Islam.
RINGKASAN MAJLIS
Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Dewan Perdana pada jam 7.20 pagi. Perarakan tidak dapat dijalankan kerana hari hujan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zainudin bin Kalam. Seterusnya ucapan perasmian oleh Encik Ahmad Fuadi bin Sarham, PK Kokurikulum. Guru-guru dan murid-murid berselawat ke atas nabi yang diketuai oleh Ustaz Ismarizal bin Ismail.

Antara pertandingan yang telah dijalankan sebelum majlis ini ialah tilawah Al-Quran dan hafazan, bercerita, bijak arab, melukis poster dan menghasilkan sepanduk. Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan.

Majlis berakhir pada jam 9.30 pagi. Di harap majlis ini akan mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah membentuk sahsiah dan peribadi cemerlang, sejajar dengan matlamat pendidikan Islam untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan dan beramal.

GAMBAR-GAMBAR


 Murid-murid berkumpul di Dewan Perdana

 Ucapan Ustaz Ismarizal bin Ismail selaku pengacara majlis

 Ucapan perasmian oleh Encik Ahmad Fuadi bin Sarham

Persembahan nasyid oleh unit Puteri Islam 

Persembahan bercerita oleh adik Ikmal Haris (6 Merpati)


 Penyampaian hadiah kepada murid PPKI dan Pra sekolah 





Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang murid Tahun 4, 5 dan 6

No comments:

Post a Comment