Monday, February 18, 2013

PROGRAM MOTIVASI SELAMI JIWA, INSPIRASI CEMERLANG

Program ini diadakan pada 7 Februari 2013 , Khamis malam bermula jam 7.30 hingga 10.00 malam. Bertempat di Dewan Perdana SKTPP. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di samping membuka minda dan membina kesedaran ibu bapa tentang pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap anak-anak demi kecemerlangan mereka.

Peserta program ini terdiri daripada ibu bapa serta murid-murid tahun 6 SKTPP tahun 2013. Apa yang menariknya Peserta berpeluang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr Robiah Kulup Hamzah yang merupakan penceramah yang terkenal yang sering muncul di kaca televisyen dalam slot motivasi. Beliau memberi ceramah dengan penuh semangat dan diselitkan aksi humor yang membuatkan peserta amat teruja dan terhibur. Pelbagai tips kecemerlangan yang diberi kepada peserta dalam sesi ceramah beliau. 

Semoga program ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para peserta untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan serta bagi pihak ibu bapa akan sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak.

Di sini dilampirkan gambar sepanjang program.

















No comments:

Post a Comment