Perasmian Program Guru Penyayang 2013 telah
diadakan pada 4 Februari 2013. Objektif program ini bertujuan
- Membentuk
karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
- Mewujudkan
satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan
sekolah.
- Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
Warga pendidik perlu sentiasa
menunjukkan sifat kasih sayang kerana tindakan memberi kasih sayang
itu merupakan satu bentuk pendidikan.Guru
yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu
tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha
gigihnya mendidik.
Guru juga perlu
bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik
supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.Semoga Program Guru Penyayang ini memberi manfaat
yang besar terhadap semua guru dan murid SK Taman Putra Perdana.
Guru Besar telah merasmikan Program Guru Penyayang. Antara ucapan beliau
adalah setiap orang perlu menyayangi dan hormat kepada diri sendiri sebelum
mengharapkan orang menyayangi anda. Kita perlu hormat dan menyayangi diri
dengan jaga kebersihan diri, kekemasan diri, tingkahlaku yang baik dan
menghormati orang sekeliling.
Kasih sayang boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara. Kadang-kadang seorang guru yang tegas itu sebenarnya mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi. Oleh itu janganlah murid-murid mengganggap guru yang menegur mereka itu tidak menyayangi mereka.
Guru besar merasmikan Program Guru Penyayang |
Murid yang mementingkan kekemasan diri adalah ciri-ciri murid yang menyayangi diri sendiri |
No comments:
Post a Comment