Monday, February 4, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-6 (PAGI)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 4 Febuari 2013                                          
Masa   : 7.30 hingga 8.35 pagi.

Guru-guru bertugas:
1.    En. Hazim Harun
2.    Pn. Noriza Md. Nor
3.    Pn. Norli Hassan
4.    Pn. Parimala a/p Vengadaslam
5.    Cik Noorazlinda kasmin
6.    Cik Nurul Aifaa Saharuddin
7.    Pn Norliza Ali

LAPORAN
1.0  Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.1  Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan adik Intan Zulaikha.
1.2  Bacaan doa oleh adik Iman Firas bin Zulhazmi.
1.3   Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Nurul Aifaa Saharuddin. 
1.4   Ikrar murid oleh adik Irfan Aqil binAzmi .
2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn Maimunah Yob)
      2.1 Sila gunakan pagar B , semasa datang dan pulang dari sekolah, minta murid-
            murid maklumkan kepada ibubapa.
2.2 Sebelum 7.30pagi, sila berada di dataran perhimpunan dan guna masa untuk
     aktiviti membaca.
2.3 Semasa waktu rehat, makan di meja yang disediakan dan masukkan mangkuk yang telah diguna ke dalam besen yang disediakan.
2.4 Sila pastikan kekemasan dan kebersihan diri sentiasa terjaga.
3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (Cik Nurul Aifaa Saharuddin)
      3.1 Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
      3.2 Tema bagi minggu ini ialah pembudayaan ucapan salam.  Istilah “salam”
            Menurut Kamus Dewan bermaksud sejahtera.  Ucapan salam digunakan oleh
            semua individu sebagai tanda hormat apabila bertemu dengan seseorang.
            Perbuatan memberi salam adalah satu perbuatan yang baik dan positif yang
            Mana wajar diamalkan oleh setiap individu.
4.0 Perkataan LAWAD
4.1. BM- bentak
4.2. BI – earth(bumi)
4.3. BA- attak’lidiyah(tradisional) 

5.0 Pengumuman (Pn. Norasmawati Omar)
      5.1 Kelas tambahan Tahun 6 bermula 5/1/2013, Selasa (BI,SC),
            Khamis (BM, MATH).
      5.2 Program Motivasi Selami Jiwa Generasi Cemerlang
            Tarikh: Khamis ( 7/2/2013)    .
6.0 Pelancaran dan Perasmian Program Guru Penyayang
     6.1 Majlis telah dilancarkan oleh Guru Besar , En. Sukimin Juki.
     6.2 Guru Besar mengingatkan murid-murid agar mengasihi, menyayangi dan
            menjaga diri sendiri dengan baik. Keluarga , rakan dan masyarakat akan
            menyayangi diri anda.
7.0Penyampaian sijil dan pingat bagi Kejohanan Ping-Pong MSSD Sepang
      7.1 Kejohanan telah berlangsung di SJK Wah Lian  pada 29- 30 January.
       7.2 Berikut adalah nama murid-murid yang menyertai kejohanan:
            1. Iman Firas b Zuhazmi
            2. Wan Aqel Hakimi b. Mohd Zamri
            3. Irfan Muqri b. Ab. Halim
            4. Harish Haikal b. Muhd Latifi
            5. Sofia Alyssa bt. Ridzuan
            6. Fatin Farzana bt. Shahariman
            7. Wafin Wardah bt. Rizal
            8. Alyssa bt Ezral.
       7.3 Pencapaian yang telah diperolehi:
            1. Tempat ke- 3 kategori berpasukan perempuan.
            2. Tempat ke- 3 kategori beregu terbuka lelaki.
            3. Naib Johan kategori perseorangan lelaki tebuka bukan Cina.
       7.4 Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar, En. Sukimin Juki.             

Sesi perhimpunan tamat pada jam 8.35 pagi.

Antara beberapa gambar sesi perhimpunan :-


Perasmian Program Guru Penyayang

 Penyampaian sijil bagi Kejohanan Ping-Pong MSSD Sepang

Penyampaian pingat bagi Kejohanan Ping-Pong MSSD Sepang

Wakil Sekolah Kejohanan Ping-Pong MSSD Sepang

No comments:

Post a Comment