Saturday, August 31, 2013

LATIHAN TUNAS MINI OLIMPIK (BOLA SEPAK) BAWAH 10 TAHUN

Tarikh : 31 Ogos 2013
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Padang SK Taman Putra Perdana

Seramai 10 orang murid telah menjalani latihan bola sepak bagi Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) Bawah 10 tahun. Sesi latihan ini diseliakan oleh Cikgu Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim. Murid yang terpilih terdiri daripada murid Tahun 3 (sesi petang). Pemilihan murid tahun 3 ini adalah sebagai pendedahan awal dalam permainan bola sepak tunas mini pada masa akan datang. Berikut ialah jadual latihan bola sepak tunas mini Bawah 10 tahun.

8 September 2013 (Ahad) , jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
14 September 2013 (Sabtu),  jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
15 September 2013 (Ahad), jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
21 September 2013 (Sabtu), jam 4.00 petang hingga 6.00 petang
22 September 2013 (Ahad), jam 4.00 petang hingga 6.00 petang
*** Masa latihan tertakluk pada perubahan.Guru akan memaklumkan lebih awal sekiranya ada perubahan tarikh dan masa latihan.

Karnival Tunas Mini Olimpik (Bawah 10 tahun) bagi permainan bola sepak ini akan berlangsung pada 24 September 2013 (Selasa).

Gambar-gambar semasa sesi latihan.

Driblling Skills



Satu lawan satu


Mengawal bola menggunakan bahagian dalam kaki

Feel the Ball
Tendangan bola bergerak

Menggelecek melepasi lawan  





1 comment: