... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, June 30, 2014

Pogram Ihya' Ramadhan Peringkat Sekolah SKTPP 2014

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Panitia Pendidikan Islam  SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan yang bermula pada tarikh 30 Jun 2014 dan akan berjalan selama sebulan tahun ini. Majlis penutup program Ihya’ Ramadhan pada 25 Julai 2014 bersamaan 27 Ramadhan 1435 Hijrah. Majlis pelancarannya telah dibuat secara ringkas dalam perhimpunan rasmi sesi pagi dan petang. Program ini melibatkan semua murid Islam Tahap 1 dan 2 serta guru-guru Islam.

Dalam majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini telah menyaksikan Guru Besar; Puan Rohaidah binti Mohd Ali melakukan upacara simbolik pelancaran dengan memotong reben menurunkan kain rentang Program Ihya' Ramadhan serta menderma dalam Tabung Ihya' Ramadhan. Sebelum itu, beliau turut memberi sedikit ucapan ringkas bagi merasmikan majlis tersebut.

Di antara aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah :

            1       Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
            2       Risalah Ramadhan
            3       Sumbangan anak yatim
            4       Tadarus Al-Quran
            5       Tazkirah & Kuiz
            6.      Ceramah sempena Nuzul Quran
            7.      Pertandingan poster Ramadhan & mencipta kad raya
            8.      Majlis khatam Al Quran


  Berikut adalah antara gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan :-


Ucapan perasmian oleh Guru Besar SKTPP Pn Rohaidah bt Mohd Ali
Pelancaran Tabung Sumbangan Ihya' Ramadhan

Aktiviti tadarrus murid bersama guru

Guru menyemak kehadiran ahli kumpulan tadarrus

Kuiz selepas tazkirah Ramadhan
Murid yang tidak menyertai tadarrus mendengar tazkirah 

Semoga setiap aktiviti yang telah dirancangkan ini dapat mengimarahkan bulan Ramadhan ini dan dapat mempertingkatkan sahsiah dan akhlak murid SKTPP dengan lebih cemerlang lagi. 


Disediakan oleh :

Pn Nurzainon bt Mohd Razalli
Ketua Panitia Pendidikan Islam SKTPP

No comments:

Post a Comment