Tuesday, June 24, 2014

Komputer terpakai MOF

Sebagaimana entri yang lepas berkaitan sumbangan oleh Kementerian Kewangan sebanyak 40 buah komputer kepada SKTPP (sila klik di sini), setelah membuat appointment maka hari ini pihak sekolah telah pergi ke Kementerian Kewangan di Putrajaya untuk mengambil komputer-komputer yang berkenaan. Cikgu Fuadi diiringi oleh Cikgu Shahrizal, Cikgu Hafiz dan Ustaz Zurilazman. Guru Besar juga hadir bersama. Terima kasih banyak kepada syarikat pembersihan sekolah; Syarikat Aqam yang telah meminjamkan lori mereka yang telah dicuci bersih untuk tujuan tersebut.
   Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada MOF atas sumbangan yang sangat bermakna tersebut. Sesungguhnya "hadiah" ini amat besar manfaatnya buat kami warga sekolah. Semoga akan ada lagi rezeki sebegini daripada pihak-pihak lain yang dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi dan kebajikan anak-anak murid serta sekolah kami.

GB bersama orang-orang kuatnya
Cikgu Hafiz "melayan" panggilan telefon
Terima kasih Tuan Saffuan
Pegawai Kementerian Kewangan yang baik hati
GB menandatangani surat akuan terima
Turun lif
 
Pekerja Syarikat Aqam menunggu di lori
Lori telah dicuci bersih
Di hadapan bangunan MOF yang tersergam indah
Sampai sekolah
Terima kasih banyak MOF

No comments:

Post a Comment