Friday, June 20, 2014

Majlis Perpisahan Cikgu Zaleha Bt Ramdan Mohamed

Hari: Jumaat
Tarikh: 20 Jun 2014
Masa: 7.30 pagi - 9.30 pagi
Tempat: Tapak Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana

20 Jun 2014 merupakan hari terakhir bagi Cikgu Zaleha berada di SK Taman Putra Perdana kerana beliau akan berpindah ke SK Beng, Lenggong, Perak. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin. Disusuli dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Cikgu Jamilullail serta ucapan terima kasih dan ucapan perpisahan dari Pengerusi KKGK iaitu Ustaz Zurilazman. Seterusnya ucapan dari Penolong Kanan Kurikulum; Cikgu Ahmad Fuadi selaku wakil kepada Guru Besar SK Taman Putra Perdana; Pn. Rohaidah bt Mohd Ali. Seterusnya ucapan perpisahan dari Cikgu Zaleha kepada semua warga serta murid-murid SK Taman Putra Perdana. 

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati sekolah yang telah disempurnakan oleh Cikgu Ahmad Fuadi kepada Cikgu Zaleha. Ia disusuli dengan sesi bergambar bersama dengan Cikgu Zaleha sebagai kenang-kenangan. Majlis diakhiri dengan jamuan perpisahan di bilik kemahiran hidup jam 8.30 pagi. Diharapkan agar silaturrahim antara Cikgu Zaleha dan warga SK Taman Putra Perdana sentiasa terjalin merentasi masa. Semoga Cikgu Zaleha ceria dan gembira serta maju jaya bertugas di sekolah baru iaitu SK Beng. Dan semoga ukhwah kita terus terjalin. 

Paparan  gambar sepanjang majlis berlangsung:-



No comments:

Post a Comment