Wednesday, June 25, 2014

Kempen Cara Hidup Sihat Setting Sekolah (KHCHS) 2014

Hari       : Rabu
Tarikh    : 25  Jun  2014
Masa      : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat   : Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (SAM BBST)
Anjuran   : Pejabat Kesihatan Daerah Sepang

Pada hari ini SK Taman Putra Perdana telah mengikuti Kempen Cara Hidup Sihat Setting Sekolah (KHCHS) yang diadakan di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi. Tujuan KHCHS ini diadakan ialah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada pelajar dan guru dalam mengamalkan cara hidup sihat. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor; Dr. Hajah Ruhaini Dato Ismail.

Objektif KHCHS adalah untuk mempromosikan :
  • Amalan cara hidup sihat dalam kalangan pelajar-pelajar Daerah Sepang
  • Kesedaran dan pengetahuan mengenai amalan cara hidup sihat.
  • Amalan pemakanan sihat.
  • Aktiviti fizikal.
  • Amalan tidak merokok.
  • Cara bijak menangani stress dan konflik secara positif.
Antara aktiviti yang dijalankan :
  • Senamrobik
  • Pameran (Kelab Doktor Muda)
  • Pertandingan Menu Sihat (Guru Sekolah Menengah dan Rendah)
  • Pertandingan Multimedia (Sekolah Menengah)
  • Pertandingan Choral Speaking (Sekolah Rendah)
Tahniah kepada pasukan Choral Speaking SKTPP kerana berjaya mendapat Tempat Ke-2 dalam pertandingan tersebut
Berikut antara gambar-gambar aktiviti yang dijalankan;-

No comments:

Post a Comment