Saturday, June 28, 2014

Kejohanan Sukan SKTPP Versi Piala Dunia

Alhamdulilah, Kejohanan Sukan SKTPP telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya. Tema Piala Dunia telah dipilih untuk menyerikan suasana kejohanan pada tahun ini.


Hari Sukan SKTPP telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mutalib bin Tomran, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang dengan diceriakan oleh simbolik perasmian iaitu menurunkan tandatangan pada bola rasmi Piala Dunia dan sepakan bola ke dalam gol. Persembahan taekwondo membuka tirai kejohanan sebelum acara akhir balapan dipertandingkan.

Semangat kesukanan para guru dan murid daripada rumah sukan masing-masing; Akik, Delima, Nilam, Manikam dan Zamrud sangat menyerlah apabila khemah-khemah dihias indah, pasukan perbarisan memberikan persembahan menarik dan para atlit menunjukkan semangat daya saing yang tinggi.

Jom saksikan gelagat yang sempat dirakam oleh lensa kamera kami sepanjang kejohanan kali ini.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Lagi laporan Kejohanan Sukan Tahunan SKTPP dalam blog Guru Besar di sini, blog PIBG di sini dan blog PPDa di sini.

No comments:

Post a Comment