... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, June 30, 2014

Penambahbaikan PBS 2014

Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika mengumumkan penambahbaikan PBS

Antara tiga (3) penambahbaikan yang dilakukan:
1) Dokumen Standard Prestasi (DSP) dipermudahkan dengan digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM).
2) Guru tidak perlu mengisi data pencapaian murid dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) sebaliknya dijalankan secara offline.
3) Guru tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM). Fail Showcase (fail pameran) dan Rekod Transit.
Dokumen Standard Prestasi
Bagi bukan golongan guru sudah pastilah tertanya-tanya apakah itu DSP? Dan bagaimanakah DSP ini dikatakan membebankan guru untuk melaksanakan.
Contoh DSP Dunia Seni Visual
Secara mudahnya, DSP merupakan dokumen yang mengandungi butiran pernyataan band, deskriptor, evidens yang mana guru perlu mentaksir murid berdasarkan senarai deskripor dan evidens yang ditetapkan. 
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)


SPPBS dalam PBS

Menerusi PBS guru perlu memasukkan data pencapaian murid yang telah ditaksir melalui evidens secara dalam talian menggunakan SPPBS. Isu yang dibangkit, apabila server sistem SPPBS ini lambat dan jumlah murid yang ramai dalam satu-satu kelas memungkin cara pengisian data murid melalui sistem ini tidak sesuai.

Fail Perkembangan Murid dan Rekod Transit
Selain Fail Portfolio Guru, guru juga perlu menyediakan Fail Perkembangan Murid setiap individu. Oleh itu, guru perlu memasukkan evidens terkini murid yang terbaik ke dalam fail ini dari masa ke masa yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Rekod Transit
Contoh Rekod Transit DSV Tahun 3

Rekod Transit pula perlu disediakan oleh guru untuk dijadikan panduan dan memudahkan guru sewaktu mentaksir murid. Kata mudahnya, Rekod Transit merupakan rekod manual yang perlu disediakan guru sebelum dipindahkan secara dalam talian dalam SPPBS. 
Penambahbaikan ini lebih menjurus ke arah mengurangkan beban guru. Seperti yang sedia maklum, tugas guru adalah mendidik, sebaliknya dengan pelaksanaan PBS sebelum ini tugas guru bertambah untuk melakukan kerja sampingan seperti yang disenaraikan di atas. 
Guru-guru diingatkan bahawa PBS dan KSSR adalah dua perkara yang saling berkait dan bukan dilaksanakan secara berasingan. Oleh itu, guru-guru haruslah menyambut baik 3 penambahbaikan PBS ini.

Bahan-bahan penambahbaikan PBS:

1.Surat pekeliling bil 1/2014
2.Teks Ucapan TPM
3.Overview Penambahbaikan PBS
4.Nota Penambahbaikan PBS
5.Dokumen  Panduan Perkembangan  Pembelajaran Murid
6.Modul  Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid Tahun 1
7.Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid Tahun 2
8.Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid Tahun 3

Dimaklumkan juga bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) telah menyediakan Buku Informasi dan Brosur Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk rujukan guru, murid, ibu bapa dan masyarakat umum.


No comments:

Post a Comment