Sunday, July 23, 2017

Program Menjulang Akademik Sepang (MAS) UPSR Sekolah-Sekolah Daerah Sepang - Fasa 1

Program Menjulang Akademik Sepang (MAS) anjuran bersama Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Sepang, Pejabat DUN Dengkil di bawah Program Peningkatan Prestasi Akademik serta Unit Pengurusan Akademik PPD Sepang Tahun 2017 dilaksanakan sebagai satu usaha ke arah peningkatan prestasi akademik UPSR sekolah-sekolah Daerah Sepang.

Matlamat program ini dijalankan ialah untuk meningkatkan kecemerlangan kualiti & kuantiti akademik para pelajar di samping meningkatkan prestasi GPS sekolah dan daerah. Selain daripada itu, program ini mampu mewujudkan kumpulan sasaran ke arah pencapaian kecemerlangan.

Seramai 30 peserta SKTPP terfiri daripada calon-calon UPSR SKTPP pada tahun ini telah terlibat dalam Program MAS - Zon Dengkil yang bermula pada 21-23 Julai 2017. 

Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan juga guru-guru yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga usaha murni ini mampu menjulang akademik Daerah Sepang. Tahniah diucapkan.





Sesi pendaftaran bermula pukul 5.15 petang di SKTPP

Bertolak ke SMK Seri Sepang pada pukul 5.50 petang

Peserta terlibat dibimbing dalam kumpulan

Peserta sedang menjamu selera mengikut jadual yang telah ditetapkan

Bersemangat menjulang ilmu 

Sesi tazkirah 

Bersedia untuk pulang setelah tamat Program MAS Fasa 1

No comments:

Post a Comment