... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 31, 2017

Majlis Penyerahan Sijil BATHKPC dan Taipei Jamboree

Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC)

Pada 31 Julai 2017, penyerahan sijil telah dibuat kepada dua orang murid SKTPP Pandu Puteri Tunas yang telah mengikuti Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) Peringkat Negeri Selangor di Kem PLKN Princess Haliza di dataran SKTPP. Bengkel yang dihadiri itu berlangsung selama 4 hari 3 malam iaitu pada 19 - 23 Julai 2017.
 
Dua orang murid iaitu Liyana Nabilah binti Md Lajis (5 Pediatrik) dan Savita Sivabalan (5 Respiratori) telah menerima Lencana BATHKPC dan akan mewakili sekolah dan daerah ke peringkat kebangsaan kelak.

Dilampirkan gambar penyerahan sijil kepada murid-murid...

 
Pn. Faridatul Akmal sebagai pengacara majlis.

 Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn. Rohaidah binti Mohd Ali diiringi PK Koko Encik Shahrial bin Ya'am

  Savita Sivabalan (5 Respiratori)                      Liyana Nabilah binti Md Lajis (5 Pediatrik)


Taipei Jamboree

Pada 31 Julai 2017 juga telah diadakan majlis penyerahan sijil dan hadiah penghargaan kepada dua orang murid dan dua orang guru pengiring SKTPP Pandu Puteri Tunas yang telah mengambil bahagian di 9th Taipei Jamboree.

Seramai 25 orang ahli Persatuan Pandu Puteri Tunas Malaysia mengambil bahagian di 9th Taipei Jamboree yang diadakan dari 8 Julai sehingga 15 Julai 2017 di Taipei, Taiwan. Seramai 7 orang dari negeri Selangor terdiri daripada 3 orang dari sekolah menengah dan 4 orang dari SK Taman Putra Perdana iaitu 2 orang pemimpin dan 2 orang ahli Pandu Puteri Tunas. Mereka yang terlibat ialah Pn. Parimala Vengadaslam, Pn Maimunah binti Yob, Amirah Syazana binti Samsuri (6 Zuhrah) dan Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini (6 Zuhrah). Ini merupakan pencapaian tertinggi dalam aktiviti kokurikulum peringkat sekolah.

Penyampaian sijil dan hadiah penghargaan telah disampaikan oleh Guru Besar Pn. Rohaidah binti Mohd Ali diiringi PK Koku Encik Shahrial bin Ya'am.

 
         Pn. Parimala Vengadaslam                                 Pn Maimunah binti Yob

 
 Adik Amirah Syazana binti Samsuri dan  Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini. 

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid dan guru pembimbing.


Disediakan oleh:
Norbaizura Nordin

No comments:

Post a Comment