... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 31, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-28 (Sesi Pagi)

Tarikh : 31 Julai 2017
Masa  :  7.30 - 8.00 pagi
Guru Bertugas :
                     1. Pn. Mazzaini bt Muda
                     2. Pn. Roseniza bt Setapa
                     3. Pn. Zailezah bt Sardi
                     4. Pn. Norlida bt Othman
                     5. Pn. Norli bt Hassan
                     6. Pn. Grace a/p Danaraj
                     7. Pn. Nurul Afiqah bt Mohd Hashim
                     8. Encik Zurilazman bin Abdullah
                     9. Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

Guru Bertugas Mingguan

Laporan Perhimpunan :

Perhimpunan sekolah dijalankan seperti biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :

1. Bacaan doa oleh Nur Rusyaidi bin Bakhri.
2. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai Pn. Zailezah binti Sardi dan bacaan ikrar murid oleh Penolong Ketua Pengawas Adik Amirah Syazana.

4. Laporan guru bertugas minggu lepas Pn. Azwani binti Nordin.


Ucapan Puan Azwani binti Nordin


4.1  Murid-murid diingatkan tentang peraturan sekolah berkaitan hal lencana, tanda nama, rambut, kasut dan stoking.
    4.2  Murid juga diingatkan supaya sentiasa menggunakan tangga yang betul semasa waktu balik. Murid-murid Tahun 6 harus menggunakan tangga UKM, murid tahun 5 menggunakan tangga USM/UKM manakala murid-murid Tahun 4 menggunakan tangga UUM dan laluan bilik guru bawah.
   4.3 Semua murid tidak dibenarkan menggunakan laluan Dewan Perdana pada waktu balik kerana dewan sedang digunakan oleh murid-murid sesi petang.
    4.4  Murid-murid juga diingatkan supaya segera beratur apabila tamatnya waktu rehat.
   4.5  Murid-murid yang hendak keluar ke tandas mesti memakai pas keluar dan tidak boleh masuk ke bilik guru secara beramai-ramai.
    4.6  Keputusan pemenang keceriaan kelas minggu lepas :
           i) Kelas PPKI
              Pertama  :  Aquatik
              Kedua    :   Kriket
              Ketiga    :   Socker
           ii) Tahun 4
              Pertama  :  Kompang
              Kedua    :   Nafiri
              Ketiga    :   Rebana
           iii) Tahun 5
              Pertama :  Surgeri
              Kedua    :   Kardiologi
              Ketiga    :   Respiratori
           iv) Tahun 6
              Pertama :  Zuhrah
              Kedua    :   Neptun
              Ketiga    :   Utarid

Ketua-Ketua Kelas Menerima Hadiah Keceriaan.


5.  Ucapan guru bertugas Puan Zailezah binti Sardi

     5.1  Tema : Kenali Bendera Malaysia
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan.
Bagi bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan yang melambangkan Agama Islam - sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan negara Malaysia seperti yang telah tertakluk di bawah Perlembagaan Negara Malaysia.
Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

6.  Penyampaian Hadiah dan Sijil Kepada Pemenang Pertandingan dan Wakil Sekolah.
     6.1 Pasukan Bicara Berirama PPIM. Aktiviti ini diadakan pada 8 Julai 2017 di SAM Rawang. Pasukan sekolah telah mendapat tempat ke-4 Peringkat Negeri Selangor.
     6.2 Perkhemahan PPIM Gabungan Sekolah Rendah Daerah Sepang, Peserta Terbaik dan Johan serta Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki Berkumpulan
     6.3 Wakil Pandu Puteri Tunas ke Peringkat Negeri dan Antarabangsa di Taiwan.
     6.4 Pertandingan Boling Ten-Pin Sepang. Pasukan sekolah mendapat tempat ke-3.
     6.5 Pertandingan Bola Sepak Daerah Sepang, mendapat Naib Johan.
     6.6 Pertandingan Memanah Peringkat Negeri, Naib Johan.
     6.7 Program Khidmat Masyarakat Dasar Warga Emas Negara (DWEN) di Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas Pulau Meranti.
           (Semua aktiviti telah dibuat laporan secara berasingan oleh guru pembimbing masing-masing)

Pasukan Bola Sepak SKTPP
Pasukan Pandu Puteri Tunas ke Peringkat Negeri dan Antarabangsa di Taiwan.
Wakil Pertandingan Memanah SKTPP

Wakil Sekolah ke Aktiviti Khidmat Masyarakat DWEN di Rumah Jagaan Orang Tua Al ikhlas Pulau Meranti

7.  Ucapan Pentadbir (Puan Azizah bt Mokhlas)
     7.1  Puan Azizah mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan murid-murid yang mengambil bahagian.
      7.2  Pertandingan yang besar menanti warga sekolah iaitu Pertandingan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Selangor yang akan dihakimi pada 20 September 2017. Pertandingan ini memerlukan komitmen daripada seluruh warga sekolah. Semoga kejayaan milik kita dan PSS kita akan berubah menjadi PSS terbaik untuk memberi manfaat maksimum kepada anak-anak murid SKTPP.

8.  Pelancaran Kempen Sekolah Selamat Peringkat Sekolah 2017.
     8.1  Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.
     8.2  Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Latihan Kebakaran dan program-program keselamatan dalam dan persekitaran sekolah.


Pelancaran Program Sekolah Selamat


Laporan disediakan oleh,

Puan Mazzaini binti Muda.

No comments:

Post a Comment