Sunday, July 16, 2017

Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Malaysia Gabungan Sekolah-Sekolah Daerah Sepang 2017

Pada 14 - 16 Julai 2017, telah berlangsung Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Gabungan Sekolah-Sekolah Daerah Sepang bagi tahun 2017. Perkhemahan ini merupakan perkhemahan kali pertama yang dianjurkan di peringkat daerah Sepang dengan mendapat kerjasama Pasukan Pengakap Kelana Daerah Sepang. Perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Taman Tasik Cyberjaya. Seramai 4 orang pelajar telah terpilih mewakili sekolah ini bagi perkhemahan tersebut bersama dengan 2 orang guru pengiring iaitu Puan Nur Murni Binti Abdullah dan Cik Syahirah Binti Tumar. Pelajar yang terpilih adalah seperti yang berikut:

1. Madihah Aisyah Binti Mahadir 
2. Nurin 'Adlina Binti Hassan
3. Nur Alya Iman Binti Shaharudin
4. Hana Saffiyah Binti Mohd Hairil

Perkhemahan yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk membina jati diri para peserta di samping dapat berkenalan dengan para peserta daripada sekolah-sekolah lain di daerah Sepang. Selain daripada itu, para peserta dapat belajar pelbagai perkara yang baru seperti gadget, kawad kaki dan sebagainya. Intipati program ini memberi pendedahan yang sangat banyak khususnya kepada para pelajar yang menyertai perkhemahan ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari yang pertama ialah membina khemah dan ice breaking. Objektif ice breaking adalah untuk merapatkan dan mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan ahli kumpulan. Pada hari yang seterusnya, peserta perkhemahan terlibat dengan aktiviti gadget, membuat buku skrap berkaitan tumbuh-tumbuhan, menyiapkan buku log rasmi PPIM dan malam kebudayaan manakala pada hari yang terakhir, para peserta menyertai aktiviti kawad kaki yang dilatih oleh pasukan pengakap.

Seorang pelajar dari SKTPP telah dipilih sebagai peserta terbaik daerah Sepang iaitu Madihah Aisyah Binti Mahadir. Pencapaian lain yang berjaya dirangkul oleh pelajar sekolah ini ialah johan dan naib johan bagi pertandingan kawad kaki berpasukan. 

Perkhemahan ini berakhir dengan majlis penutupan yang dirasmikan oleh Encik Abdul Aziz bin Mohamed, selaku Penyelia Kokurikulum Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. 

Sebahagian gambar-gambar aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan adalah seperti berikut:


                                             
Peserta SKTPP sedang memasang khemah.

                                                         
Ice breaking


                                     
Peserta perkhemahan sedang menikmati sarapan pagi.


                                                   
Aktiviti berkumpulan membuat gadget.






                                                             
Aktiviti masakan rimba.




                                           
Pertandingan buku skrap tumbuh-tumbuhan.




                                                                 
Malam kebudayaan.


                                                                       Kawad kaki.



Penyampaian hadiah peserta terbaik perkhemahan Daerah Sepang, Madihah Aisyah Binti Mahadir


Semua peserta serta guru pengiring bergambar kenangan

Semoga dengan penglibatan pelajar SKTPP ini mendorong lebih semangat kepada pelajar-pelajar yang lain untuk menceburkan diri dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan.

Disediakan Oleh:
Syahirah Binti Tumar

No comments:

Post a Comment