... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, July 23, 2017

Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan

Dua orang murid Pandu Puteri Tunas telah mengikuti Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) Peringkat Negeri Selangor di Kem PLKN Princess Haliza. Bengkel ini berlangsung selama 4 hari 3 malam pada 19 - 23 Julai 2017. Antara objektif bengkel ini ialah:
  1. Sebagai pemangkin kepada ahli Pandu Puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti Pandu Puteri. 
  2. Memartabatkan Program Pandu Puteri Tunas melalui pemilihan penerima anugerah.
  3. Sebagai insentif kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan. 
  4. Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan perkembangan semasa.
Murid-murid akan menyiapkan 3 jenis log iaitu log kemajuan, log peribadi dan log Lencana Kecekapan. Di peringkat negeri, murid wajib menyiapkan 5 lencana kecekapan untuk melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan. Dua orang murid iaitu Liyana Nabilah Binti Md Lajis dan Savitha Sivabalan telah menerima Lencana BATHKPC dan akan mewakili sekolah dan daerah ke peringkat Kebangsaan, Seramai 14 orang murid mewakili daerah Sepang ke peringkat Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan murid. Himpunan gambar sepanjang bengkel :

Peserta Negeri Selangor seramai 71 orang murid.

Peserta dan pemimpin dari Daerah Sepang

Menerima Sijil Pencapaian daripada Ketua Pesuruhjaya Cawangan Selangor

Menerima Sijil Pencapaian daripada Ketua Pesuruhjaya Cawangan Selangor

Savitha Sivabalan dengan pakaian lengkap serta 5 Lencana Kecekapan.
Liyana Nabilah dengan pakaian lengkap serta 5 Lencana Kecekapan.

No comments:

Post a Comment