... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 24, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Petang)

Tarikh                   : 24 Julai 2017
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 Petang - 2.10 Petang
Tempat                 : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Pn. Salmi bt Amir

Pengacara Majlis

Guru Bertugas :
  1. En. Saifullah bin Mat Saupi
  2. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
  3. Pn. Salmi bt Amir
  4. Pn. Nornadzirah bt Abd Rahim
  5. Cik Zalina bt Ismail
  6. Pn. Hastipa @ Zaiton bt Mat Daud
  7. Pn. Nora Azean bt Othman
  8. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

Laporan/Ulasan


1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.


2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham.


3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.


4. Ikrar Murid dipimpin oleh adik Nurhasya Sofea binti Zuraidi


5. Laporan guru bertugas minggu ke-26 disampaikan oleh Pn Yani Mohammad Sharif.


  • Pn. Yani mengingatkan murid supaya berhati-hati ketika bermain atau bergurau senda dengan rakan-rakan bagi mengelakkan kemalangan berlaku. 
  • "Slime" adalah dilarang dibawa ke sekolah. Guru mengingatkan murid-murid tidak membawa bahan-bahan yang dilarang di bawa ke sekolah seperti "clorox".
  • Guru mengingatkan murid perempuan yang tidak bertudung, memastikan rambut sentiasa kemas dengan mengikat rambut dan memakai cekak rambut. Pastikan cekak rambut dan getah rambut yang dipakai berwarna hitam sahaja.
6. Memperkenalkan barisan guru bertugas.

Barisan guru yang bertugas

7. Tema minggu ini :

Sayangi Ibu Bapa

  • Guru mengingatkan murid mendengar cakap dan nasihat ibu bapa.
  • Sebelum keluar rumah atau ke mana-mana perlulah meminta izin dan salam dengan ibu bapa. Murid juga diingatkan supaya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa.
8. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu  : Melarik
  • Bahasa Inggeris : Road
  • Bahasa Arab      : Hatifun
9. Penyampaian Hadiah
  • Hadiah Kebersihan dan Keceriaan Kelas
  • Tahun 1



  1. 1 Ibnu Bajjah
  2. 1 Al Biruni
  3. 1 Ibnu Khaldun
  • Tahun 2




  1. 2 Jujur
  2. 2 Intelek
  3. 2 Dedikasi
  • Tahun 3



  1. 3 Vanadium
  2. 3 Elektrum
  3. 3 Kuprum
10. Ucapan PK Petang



  • Murid diingatkan supaya hormat kepada guru dengan memberi salam ketika berjumpa dan tidak mengira bahawa guru tersebut mengajar mereka atau tidak. Murid juga perlu hormat pada pelawat, orang lebih tua, pengawas, ketua kelas dan hormat kepada sesama rakan sebaya.
  • Perbuatan meminta duit rakan, mengugut dan mengganggu rakan adalah gejala membuli dan tidak boleh dilakukan sama sekali. Jangan membiarkan rakan-rakan membuli dan jika ini terjadi perlu memberitahu kepada guru dengan segera.
  • Kurangkan aktiviti gurauan yang tidak berfaedah seperti tarik kerusi kawan kerana ia boleh menyebabkan pergaduhan dan kecederaan.
Perhimpunan rasmi minggu ke-27 tamat pada jam 2:10 petang

No comments:

Post a Comment